Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook telah memuat naik gambar harga roti canai yang dipesannya di sebuah kafe, yang dianggap terlalu tinggi dan mengejutkan.
Pada pagi itu, pengguna tersebut bersama anaknya sarapan di kafe tersebut dan membuat pesanan sepinggan nasi lemak, sekeping roti telur, dan dua keping roti canai.
Namun, kejutan terjadi apabila pengguna tersebut mendapati harga roti telur sebiji adalah RM11 dan roti canai sebiji berharga RM9.
“Roti di awangan berterbangan. Roti 1800 meter,” katanya, merujuk kepada harga yang tinggi dan agak mengejutkan.
Netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap harga yang tinggi tersebut. Salah seorang netizen menyindir, “Fuhh, guna tepung marjerin apa roti tu.”
Postingan tersebut menjadi viral, dan netizen turut berkongsi pandangan mereka mengenai harga yang dianggap cekik darah oleh kafe tersebut.
Seorang netizen berkomen, “Pelik ya, nasi lemak lagi murah daripada roti. Memang cekik darah!” – menyatakan kehairanan terhadap perbandingan harga antara roti dan nasi lemak.
Baca Juga : Akhirnya remaja mangsa bahaman buaya ditemui