[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]GST di Singapura naik ke 8 peratus mulai tahun depan gst gst malaysia gst tap gst calculator gst hardware [/bg_collapse]
Kerajaan akan menanguhkan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehingga 2023.
Lapor berita.mediacorp, Menteri Kewangan, Lawrence Wong dalam kenyataan Belanjawan 2022 memaklumkan, kenaikan itu akan melibatkan dua peringkat.
Jelasnya, kenaikan pertama dari tujuh peratus kepada lapan peratus akan dilaksanakan pada 1 Januari 2023, manakala, kenaikan kedua dari lapan kepada sembilan peratus akan dilaksanakan pada 1 Januari 2024.
“Rancangan menaikkan kadar GST sebanyak dua peratusan mata, dari tujuh kepada sembilan peratus, diumumkan pertama kali pada 2018 oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat.
“Kenaikan GST itu perlu dilaksanakan untuk menyokong perbelanjaan jagaan kesihatan Singapura dan bagi menjaga warga emas.
“Keperluan pendapatan kita semakin mendesak. Namun, saya juga memahami keprihatinan rakyat Singapura terhadap kenaikan GST yang berlaku pada masa sama dengan kenaikan harga,” jelasnya.
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menerusi Amanat Tahun Baharu Disember lalu, memaklumkan kerajaan perlu meneruskan rancangan untuk menaikkan kadar GST dengan ekonomi diramal pulih daripada Covid-19.
Baca:
Alami bengkak susu, ini penjelasan peguam kewajaran polis tahan reman wanita ini
Pernah tengok orang cina fasih cakap tamil? Ini orangnya, melopong dengar…
Beberapa ekor ular selamba “melepak” di bilik laundry wanita ini