Guna bahan ini sahaja nak hapuskan kotoran degil atas karpet

Kesan kotor akibat dari tumpahan sos atau cairan pada karpet harus segera dibersihkan. Sebab jika tidak, kesan kotor tersebut akan sukar untuk dibersihkan hingga akan meninggalkan bekas pada karpet anda. Salah satu hal yang kerap terjadi adalah sos dan mayonis tumpah di karpet.

Jangan hanya membersihkannya dengan lap dengan kain basah atau tisu basah. Ada cara mudah yang dapat anda lakukan untuk membersihkan kesan kotoran tersebut dengan bahan-bahan yang ada di rumah. Dirujuk dari Real Simple, berikut caranya.

Pertama, ada beberapa jenis cecair pembersih karpet yang boleh anda buat sendiri di rumah. Celupkan kain putih ke dalam pembersih ini dan gosokkan pada karpet yang terkena kotoran, jangan menuangkan cecair ini langsung pada karpet. Berikut beberapa jenis cairan pembersih yang dapat anda buat untuk membersihkan karpet.

Guna bahan ini sahaja nak hapuskan kotoran degil atas karpet

1. Larutan sabun- Campurkan 1/4 senduk teh sabun pencuci pinggan cair berwarna jernih ke dalam satu cawan air panas.

2. Larutan cuka- Campurkan satu cawan cuka putih dengan dua cawan air.

3. Pelarut- Gunakan pelarut minyak atau penghapus cat kuku non-aseton.

Cara menghilangkan kesan kotor pada karpet berbahan serat sintetik.

Sapukan sedikit pelarut pada kain putih, lalu tekap-tekap dan biarkan selama 15 minit hingga kering. Ulangi jika perlu.

Bilas dengan kain putih yang dibasahi dengan air panas. Tunggu 15 minit lalu rendam sisa cecair dengan kain putih kering.

Cara menghilangkan kesan saus dan mayonis pada karpet berbahan serat sintetik.

Semburkan kesan kotor tersebut dengan larutan sabun untuk karpet berserat sintetik, lalu bersihkan dengan kain putih kering.

Semburkan kesan kotor dengan larutan amonia untuk karpet berserat sintetik, lalu bersihkan dengan kain putih kering.

Semburkan kesan kotor dengan larutan cuka untuk karpet berserat sintetik, lalu tepuk dengan kain putih kering.

Sapukan semula larutan sabun, lalu tekap dengan kain putih kering.

Semburkan kesan kotor dengan air, lalu tekap dengan kain putih kering.

Baca juga: Lagi kes peniaga bazar buat hal, nasi kerabu berulat dia jual!