Gunakan Rawatan ini Jika Melecur.. Tersilap Langkah Nanti Tambah Teruk!!

Gunakan Rawatan ini Jika Melecur.. Tersilap Langkah Nanti Tambah Teruk!!

Jika anda mengalami kelecuran, jangan letak ubat gigi, minyak gamat, tepung, kicap, telur dan sebagainya di kawasan lecuran. Ini kerana ia boleh menyebabkan inflamasi yang lebih teruk dan berisiko terkena jangkitan kuman.

Sekiranya seseorang mengalami kelecuran, pastikan anda membuat rawatan kecemasan awal dengan cara yang betul supaya tidak memudaratkan lagi pesakit seperti perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di bawah.

*5 JENIS RAWATAN KECEMASAN YANG BOLEH DILAKUKAN KETIKA MELECUR*

*Rawatan kecemasan awal betul adalah:*

1. Jauhi diri atau mangsa daripada sumber bahaya (api/pemanas/air panas/elektrik/dsb). Kekal tenang, tak usah panik.

2. Tanggalkan semua barang kemas, jam, serta pakaian yang terbakar. Kecuali jika ia terlekat pada kawasan lecuran.

3. Alirankan air bersih bersuhu bilik selama 15-20 minit untuk hentikan lecuran daripada terus berlaku. Elak gunakan air sejuk atau ais.

4. Jika terdapat gelembung pada kulit yang melecur, tak usah pecahkan gelembung berkenaan. Hanya tutup dengan kain bersih.

5. Jumpa doktor sekiranya lecuran tahap 2-3, kawasan lecuran lebih besar daripada tapak tangan atau melibatkan muka serta kemaluan.

*Melecur pada kulit di bahagikan kepada 3 tahap:*

– Tahap 1: lecuran lapisan epidermis sahaja. Lapisan dermis tidak tercedera. Kulit kelihatan kemerah-merahan, dan sakit.

– Tahap 2: lecuran lapisan epidermis dan sebahagian dermis. Lazimnya kulit kelihatan merah dan menggelembung (blister) dan sakit.

– Tahap 3: lecuran epidermis, dermis dan lebih dalam. Kulit kelihatan putih dan tidak sakit kerana saraf deria sakit telah rosak.

Tak usah mudah percaya pada tips kesihatan yang tidak diketahui sumbernya. Semoga bermanfaat.

BACA JUGA:

Tiada peningkatan jumlah mangsa banjir Johor, Sabah buat masa ini

COVID-19: 324 kes baharu tanpa kes kematian dilaporkan

Perkeso peruntukkan RM3.7 juta untuk perkasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan