Pada 5 Januari yang lalu, aktivis kemanusiaan dan personaliti media sosial, Farah Lee, telah menyatukan ikatan rumah tangga dengan Fuad Hashim selepas tujuh tahun mengemban tanggungjawab sebagai ibu tunggal.
Bekas suaminya, pengacara dan personaliti televisyen, Ally Iskandar, turut hadir dalam majlis resepsi tersebut.
Dalam satu temu bual bersama Mingguan Wanita, Ally mengungkapkan rasa syukurnya kerana Farah telah menemui jodoh yang baik, dan Maream Esaabel, anak perempuan mereka, kini dapat menikmati kehidupan keluarga yang lengkap.
“Macam Farah kata tadi, sekarang kami pun dah seri..dia pun dah berkahwin. Alhamdulillah saya bersyukur dan gembira.
Semoga anak kami Maream dapat merasai kehangatan keluarga yang lengkap di rumah. Saya melihat wajah Fuad penuh kelembutan, dan saya yakin dia akan menjadi seorang ayah yang baik.”
Ally, yang berusia 48 tahun, juga menyatakan bahawa mereka sentiasa bertolak ansur dan bertimbang rasa dalam urusan melibatkan anak mereka, walaupun terdapat perbezaan pendapat di antara mereka.
“Kami mempunyai pandangan yang berbeza, tapi yang paling penting adalah bagaimana anak-anak kita dapat mengharungi segala perkara ini.
Walaupun terdapat perbezaan pendapat atau pandangan, kami sentiasa mencari jalan tengah untuk memahami kepentingan keluarga, walaupun kami berada di tempat yang berlainan.”
Dalam ruang komen, warganet memuji sikap matang dan kematangan mereka sebagai ibu bapa dalam menguruskan keperluan anak-anak.
Perlu diingatkan bahawa Ally dan Farah sebelum ini telah mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012 dan bercerai pada 17 Ogos 2016.
Mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia 9 tahun. Ally kemudian menamatkan zaman dudanya dengan perkahwinan kali kedua bersama Marina Ibrahim pada 22 Jun 2019.
Baca Juga : Apa dia buat sampai sanggup buka pintu kapal terbang waktu kat awan