Hafiz Suip selamba tarik nyanyi lagu sambil duduk, ramai suruh buat come back

Sepotong video memperlihatkan penyanyi Hafiz Suip sedang menyanyi di sebuah lokasi dipercayai di majlis kenduri telah menyorot perhatian netizen.

Peminat lepas rindu

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok bernama @Fadlee, Hafiz dilihat sedang menyampaikan salah satu lagu hits miliknya berjudul Ku Akui.

Hafiz Suip selamba tarik nyanyi lagu sambil duduk, ramai suruh buat come back

Dalam video berkenaan, penyanyi kelahiran Sarawak itu dilihat mengenakan baju polos berwarna kuning dan berkopiah sambil menyanyi dalam keadaan duduk.

Dapat dilihat juga, suara pemenang vokal terbaik sebanyak tiga di Anugerah Juara Lagu (AJL) itu masih menyengat.

@arechailee77karok malam td

♬ original sound – arechailee77 – Fadlee

Susulan itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas berkata kerinduan mereka akhirnya terubat untuk mendengar lantunan suara dan melihat Hafiz menyanyi secara langsung.

Malah, warganet juga berharap juara program realiti Akademi Fantasi 7 itu kembali bergiat aktif semula dalam bidang nyanyian kerana bakat yang dimiliki sangat istimewa.

Terdahulu, Hafiz menganggap dirinya sudah tidak relevan untuk menyanyi.

Kenyataan itu dibuat Hafiz ketika membalas komen salah seorang pengguna media sosial yang memintanya untuk kembali bergiat aktif dalam industri hiburan.

Pun begitu, ada segelintir netizen yang memahami keputusan penyanyi itu untuk berehat dan tidak muncul dalam mana-mana pentas mahupun kaca televisyen.

Baca : Dari miskin tegar hingga jadi T20, “terima kasih kerajaan perkenalkan IPR”