HAIRAN-Peminat Syahmi Sazli Anggap Beliau Layak Menang Berbanding Bell Ngasri, Ugut Akan Mogok Lapar

Selepas pelawak Bell Ngasri menggondol trofi utama sebagai bintang popular pada malam Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABPBH35) minggu lalu, ada pula suara sumbang yang tidak bersetuju dengan kemenangan tersebut.

Entah tidak dapat dipastikan sama ada komentar dari seorang individu ini hanya seloroh atau serius, tetapi individu tersebut amat tidak berpuas hati dengan kemenangan Bell Ngasri.

Individu itu difahamkan adalah peminat ‘tegar’ pengarah dan juga pelawak Syahmi Sazli dan beranggapan Syahmi lebih layak diangkat sebagai bintang popular.

“Apa saja jasa Syahmi yang dia tak buat. Berlakon, melawak, mengarahkan filem yang membawa keuntungan besar. Tak mengapa mi, kamu tak menang ABPBH tetapi kamu menang di hati kami semua. Sampai 2 kategori Bell kaut!!

“Sepatutnya bintang popular bagi dekat Syahmi, pelapis muda dalam dunia seni tanah air! Kami fans Syahmi akan bermogok lapar seminggu tanda protes dengan keputusan yang tidak memuaskan ini,” tulis individu dalam satu hantaran di Facebook baru-baru ini.

Dia juga berharap pengarah itu dapat memenangi anugerah Artis Komedi Popular pada edisi yang akan datang selain memberikan rating rendah kepada penganjuran ABPBH35 kali ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak sependapat dengan individu berkenaan dan tetap dengan pendirian mereka iaitu memilih Bell sebagai bintang paling popular pada malam anugerah itu.

Baca Selanjutnya :

SEBAK! : Ingat Aku Yang Mati Dulu, Tapi Salahudin Rupanya-Coretan Sahabat Buat Air Mata Mengalir

MAUT! : Aircond Jatuh Dari Tingkat 17 Atas Kepala Pelajar Universiti

HAMPIR MAUT : Ahli Politik Lunyai Dipukul Orang Kampung Kerna Rogol Anak Sendiri Hingga Mengandung