Haiwan yang pupus di muka bumi sebab kerakusan manusia
Walaupun terdapat berjuta-juta spesis haiwan di atas muka bumi ini, namun banyak daripada spesis tersebut telah pupus akibat kerakusan manusia tanpa sempadan.
Antara penyebab kepupusan haiwan adalah pembalakkan yang menghancurkan habitat haiwan, pemburuan untuk mendapatkan kulit dan tanduk serta pembunuhan tanpa sebab.
Info pertiwi ingin berkongsi 4 spesis haiwan di antara haiwan-haiwan yang telah pupus daripada muka bumi ini akibat perbuatan manusia.
1. Harimau Tasmania
Harimau ini merupakan karnivor marsupial terbesar satu ketika dahulu dan wujud di Australia.
Ia dikenali sebagai Harimau Tasmania disebabkan oleh belang di belakangnya.
Harimau ini merupakan yang terakhir wujud bagi kumpulan spesis mereka.
Menurut bukti yang ada, harimau Tasmania ini agak pemalu, aktif pada waktu malam dan bersaiz seperti seekor anjing sederhana.
Tapi ia berbeza daripada anjing kerana ekornya yang kaku serta mempunyai polet di bahagian perut seperti kanggaru.
Mereka dianggap sebagai pemangsa yang sangat menggerunkan kerana kebolehan dalam bertahan untuk hidup di dalam kawasan yang sangat kurang penduduknya.
Harimau Tasmania menjadi semakin jarang ditemui dan dikatakan telah pupus di tanah besar Australia sebelum kedatangan British di benua itu.
Namun, mereka masih wujud di pulau Tasmania termasuklah spesis endemik iaitu “Tasmania Devil”.
Disebabkan pemburuan yang sangat berleluasa akibat nafsu manusia merupakan salah satu faktor kepupusan haiwan ini.
Haiwan ini juga dikatakan terperangkap dan ditembak kerana memburu dan memakan haiwan ternakan.
Mereka juga dijadikan sebagai kambing hitam kepada pulangan kewangan yangbteruk dan kerugian yang tinggi dialami oleh kawasan luar bandar Tasmania satu ketika dulu.
Faktor-faktor lain adalah disebabkan oleh penyakit, kewujudan anjung dan juga pencerobohan habitat mereka oleh manusia.
Harimau Tasmania diisytiharkan sebagai pupus pada 1936 selepas kematian spesimen terakhir, walaupun telerdapat individu yang mengatakan mereka ternampak harimau ini sehingga ke hari ini, namun ia tidak dapat disahkan.
2. Quagga
Quagga adalah merupakan haiwan subspesis kuda belang biasa yang tinggal di Afrika Selatan, walaupun ada yang beranggapan ia sebagai spesis yang berbeza.
Ia eiberi nama Quagga kerana bunyi yang dikeluarkan oleh mereka yang berbunyi seperti “Kwa ha-ha”.
Apa yang membezakan Quagga daripada kuda belang biasa adalah corak terhad terutama belang berwarna coklet dan putih yang hanya ada pada bahagian depan badan.
Bahagian belakang badan pulabtidak mempunyai belang, menyerupai kuda.
Ada pihak yang mengatakan ia adalah gabungan antara kuda belang dan kuda.
Hanya sedikit diketahui mengenai haiwan ini iaitu mereka biasanya berkumpul dalam kumpulan 30 hingga 50 ekor.
Mereka dikatakan liar dan periang serta lebih jinak daripada kuda belang biasa.
Bilangan Quagga dikatakan sangat banyak suatu ketika dahulu di kawasan Karoo, wilayah Cape dan juga di bahagian selatan Orange Free State di Afrika Selatan.
Namun, oleh kerana ia sangat mudah dijumpai dan dibunuh, haiwan ini menjadi mangsa penerokaan Belanda dan juga orang Afrika untuk mendapatkan daging dan kulit.
Kulit mereka diperdagangkan dan juga digunakan bagi kegunaan tempatan.
Quagga juga kemungkinan terancam akibat persaingan dengan haiwan peliharaan untuk mendapat makanan.
Program pembaikan telah dijalankan untuk menjaga spesis haiwan ini dimana beberapa ekor dibawa ke zoo namun ia tidak berjaya.
Populasi liar terakhir yang hidup adalah di Orange Free State, dan pada tahun 1878, Quagga telah pupus dari atas bumi Afrika.
Spesis tawanan terakhir telah mati di Amtersdam pada 12 Ogos 1883. Hanya seekor Quagga yag pernah diambil gambar ketika hidup dan sehingga ke hari ini, ganya terdapat 23 kulit Quagga dipelihara.
3. Passenger Pigeon
Satu ketika dahulu di Amerika Syarikat, burung merpati ini menyumbang kepada 25 hingga 40 peratus populasi burung.
Habitat burung ini adalah hutan besar di timur Amerika Utara namun selepas penerokaan menebang pokok dan membersihkan hutan untuk dijadikan tanah perladangan, burung merpati ini terpaksa berpindah untuk meneruskan hidup.
Menurut Institut Smithsonian, kawasan besar burung ini kerap menyebabkan kerosakan pada tanaman dan para petani membalas dengan menembak mereka dan dijadikan sumber makanan.
Pada abad ke-19, berlakunya pemburuan danvpemerangkapan berleluasa terhadap burung merpati ini yang menyebabkan populasi mereka berkurangan dengan sangat mendadak.
Burung merpati spesis yang terakhir hidup di atas muka bumi ini yang bernama Marha, telah mati ketika berusia 29 tahun pada tahun 1914 di Zoo Cincinnati, Amerika Syarikat.
4. Bubal Hartebeest
Bubal Hartebeest adalah merupakan subspesis kijang Afrika yang biasanya dijumpai di utara Gurun Sahara, Afrika Utara.
Warnanya dikatakan seakan-akan warna pasir dan berukuran 110 sentimeter keliling di bahagian bahunya serta tanduknya kelihatan seperti huruf U jika dilihat dari pandangan hadapan.
Bubal Hartebeest adalah spesis yang jinak dan sosial seperti kijang yang lain. Sekawanan 100 hingga 200 ekor haiwan ini boleh dilihat di utara Marocco pada tahun 15723, menurut Luis Del Marmol Carvajal.
Pada pertengahan abad ke-19, bilangan subspesis ini menjunam dengan mendadak selepas penawanan Algeria olrh Perancis apabila seluruh kawanan haiwan telah dibunuh serentak oleh tentera koloni.
Namun, haiwan ini masih wujud dan hanya boleh dijumpai di barat laut Afrika menjelang tahun 1867.
Pada tahun 1917, satu kawanan terakhir sebanyak 15 ekor telah yang dijumpai berdekatan Outat El Haj, Marocco, dan 12 ekor daripadanya telah ditembak dan terbunuh.
Spesis terakhir haiwan ini adalah di Morocco yang terakhirnya telah ditembak pada tahun 1925 di Missour.
BACA JUGA:
Caj yuran dikenakan pelancong asing sebanyak RM39.25 di Thailand bermula Jun
Bangunkan program nuklear, Arab Saudi guna sumber uraniumnya sendiri
”PM Anwar berpuas hati dengan Kabinet Baru Sabah” – Jeffrey Kitingan