Hamidah kecewa hanya dapat RM150 shooting 4 hari, “inilah nasib veteran..”

Tiada yang lama, tiada yang baru. Itulah gambaran yang sepatutnya digunakan bagi menghargai pelakon-pelakon veteran yang sudah lama mencipta nama dalam industri seni tanah air.

Namun, lain pula ceritanya buat pelakon lejen, Hamidah Wahab yang berkongsi dia kini sudah 10 tahun tidak menerima tawaran berlakon dan jika ada bayarannya sangat minimal.

“Sekarang sudah 10 tahun tak dapat tawaran. Itu yang jadi tanda soal besar. Saya tertanya-tanya adakah kami terlalu sangat lama, orang sudah jemukah, tak tahu nak cakap.

Hamidah kecewa hanya dapat RM150 shooting 4 hari

Kenapa jadi begitu? Adakah prestasi lakonan saya kurang, pelakon-pelakon baharu naik, mungkin pasal bayaran. Pada mereka mungkin lebih baik ambil pelakon tambahan untuk watak mak-mak supaya bayaran sedikit.

Ada beberapa pelakon lama yang masih ada seperti Datuk Fauziah Nawi dan Wan Maimunah turut mengadu perkara sama. Tapi saya nampak mereka ada juga tawaran berlakon lagi. Untuk saya, terus senyap,” katanya.

Pelakon filem Gila-gila itu berkongsi, ada pihak produksi yang cuba untuk tawar-menawar serta ingin membayar RM 150 untuk penggambaran yang dijalankan selama 4 hari.

Pun begitu, Hamidah berkata dalam masa yang sama dia turut membuat perniagaan sendiri bagi menampung perbelanjaannya, Hamidah juga berkongsi, luahannya ini bukanlah dari dirinya sahaja tetapi dia turut mewakilkan pelakon-pelakon senior yang lain.

 

Baca juga: Tag ditukar di airport, pasangan suami isteri kini derita di penjara sebab miliki 43KG dadah