Hasrat untuk peminat negara melihat sensasi negara, Safawi Rasid membuat penampilan sulung bersama Portimonense SC di Liga Primeira di Portugal masih tidak kesampaian.
Ia selepas pemain yang dipinjamkan selama semusim dari Johor Darul Ta’zim (JDT) itu sekali lagi memanaskan bangku simpanan ketika pasukan itu menewaskan Nacional 1-0 hasil jaringan Fabricio dos Santos awal pagi tadi.
Untuk rekod, ia adalah kali ketiga Safawi berada di bangku simpanan selepas turut tersenarai ketika berdepan FC Porto dan Leiria dalam aksi pusingan ketiga Taca de Portugal, 21 November lalu.
Secara keseluruhan, pemain berusia 23 tahun itu sudah terlepas enam perlawanan termasuk lima aksi liga dan satu perlawanan Taca de Portugal selepas tiba di negara itu pada awal Oktober lalu.
Keengganan pengendali Portimonense, Paulo Sergio yang masih lagi tidak memberi peluang kepada Safawi sekali lagi mencetuskan rasa kurang senang peminat di negara ini.
“Hantar Safawi balik,” tulis El-shakimi Abu Bakar di ruangan komen akaun Facebook kelab itu.
“Jom kita unfollow page ni ramai-ramai sebab tak bagi Pawi main,” tulis Mohd Sharif Sabran.
Berita penuh: https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2020/11/647721/safawi-tak-beraksi-lagi