Hanya guna penyodok sampah buang air dalam padang, netizen kata ia memalukan

Oleh Admin

Hanya guna penyodok sampah buang air dalam padang, netizen kata ia memalukan. Aksi kedua skuad Harimau Malaya menentang Bahrain malam tadi bukan hanya keadaan padang dan kesilapan pemain menjadi bualan hangat namun ada perkara lain yang turut mencuri tumpuan penyokong bola sepak tanah air.

Hal ini kerana, penyodok yang digunakan untuk membuang air di atas padang oleh pegawai perlawanan menjadi tumpuan netizen sekali gus membuktikan peralatan itu mempunyai banyak kegunaan terutamanya ketika terdesak dalam usaha memastikan venue berada dalam keadaan baik sebelum perlawanan bermula.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu menyaksikan petugas stadium bertungkus lumus membuang air menggunakan penyodok terbabit sekali gus mendapat tumpuan daripada semua pihak.

Ada antara netizen yang melihat situasi berkenaan menyebabkan penyodok yang sering digunakan untuk menadah sampah pasti naik harga kerana mempunyai pelbagai kegunaan lain terutama untuk membuang takungan air.

“Semua kena dapatkan cepat penyodok sebab lepas nie pasti naik harga sebab boleh guna masa banjir untuk buang air,” kata salehudinas.

Hanya guna penyodok sampah buang air dalam padang, netizen kata ia memalukan

“Baru aku tahu penyodok ni banyak kegunaan…pandai penganjur gunakan penyodok buang air atas padang,” kata emasuhuila.

Terdahulu, Arena Metro melaporkan petugas perlawanan terpaksa menggunakan penyodok sampah dan kertas putih keras untuk membuang air yang bertakung di atas permukaan padang di SNBJ.

Situasi itu sebenarnya memalukan ketika seharusnya jentera menolak air boleh digunakan seperti mana dipraktikkan oleh kebanyakan stadium di seluruh dunia.

Perkara berkenaan bukanlah jarang berlaku di stadium ini kerana sebelum ini beberapa aksi persahabatan mahupun final Liga Malaysia pernah berdepan masalah air bertakung susulan hujan lebat yang turun sebelum aksi.

Lebih memburukkan keadaan, petugas stadium menolak air menggunakan penyodok sampah yang mengambil tempoh masa agak lama berbanding jika menggunakan jentera atau mesin menolak air yang lebih pantas dan efektif.

BACA:

Pakar gesa jangan beli salamander warna-warni, ini sebabnya

Padu giler, ini ‘design’ baru Naza Ria, ramai yang terpegun

Ramai yang terkejut, bandar purba berusia 3000 tahun timbul ditengah Sungai Tigris