Sejak beberapa tahun lalu, trend festival makanan atau food festival makin banyak diadakan di negara kita ini.
Pun begitu, sejak akhir-akhir ini ramai yang merasakan harga makanan di food fest sangat tidak logik sehingga boleh menjadi membebankan.
Terbaru, tular satu video di aplikasi TikTok yang memaparkan beberapa orang lelaki muda yang kelihatan hampa serta berang apabila air yang dibeli mereka di sebuah food fest berharga RM 9 secawan.
Lebih menghampakan, mereka sekawan membeli sebanyak 9 cawan air bersaiz normal itu dan jumlah yang perlu mereka bayar ialah RM 81, untuk minuman sahaja.
“Kalau dalam poket ada RM 100, baik duk rumah je”
Perkongsian pengguna TikTok @phineashaz itu menarik perhatian netizen serta ramai yang berkongsi pengalaman hampir sama ketika membeli makanan di food fest, menerusi kapsyen serta hashtag, food fest tersebut diadakan di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor.
@shapiadam niaga biar betul bang 🥱 #fyp #bukitlayanglayang #pasirgudang ♬ original sound – هز 🧏🏻♂️ – shapiadam
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut sudah mendapat lebih 545K tontonan, serta lebih 1K komen.
Aduhai, korang pernah kena jugak ke camni?
Baca juga: Orang curang akan curang lagi ke? Ini jawapan pakar