Harga minyak masak semakin menggila, kini cecah rm43 untuk 5kg

Harga minyak masak semakin menggila, kini cecah rm43 untuk 5kg. Harga minyak masak sawit botol di pasaran ketika ini semakin mahal sehingga membebankan pengguna.

Susulan keluhan pembaca Sinar Harian, tinjauan wartawan di pasar raya di sini pada Selasa mendapati harga minyak masak botol pelbagai jenama seberat 5 kilogram (kg) dijual antara RM28.60 hingga RM43.50.

Begitupun, rata-rata harga minyak masak botol seberat 3kg dijual pada harga runcit maksimum ditetapkan kerajaan iaitu RM18.70 manakala bagi botol 2kg RM12.70 dan sekilogram RM6.70.

Kerajaan pada Ogos tahun lalu turut menetapkan harga runcit maksimum bagi minyak masak sawit tulen yang dijual dalam botol 5kg iaitu RM29.70.

Seorang pekerja pembersihan dari Lembah Pantai, Kuala Lumpur, Nina Ramawati Amri, 52, berkata, harga minyak masak ketika ini sangat tidak munasabah dan membebankan terutamanya untuk kumpulan bergaji kecil seperti dirinya.

Harga minyak masak semakin menggila, kini cecah rm43 untuk 5kg

Katanya, bahan tersebut yang sebelum pandemik boleh didapati pada harga sekitar belasan ringgit kini melonjak sehingga lebih RM43.

“Tapi mahu tak mahu, kita terpaksa beli juga sebab nak makan. Semua masakan harian kita perlukan minyak,” ujarnya.

Peniaga makanan, Abdul Rani Mohd Radzi, 58, pula berkata, kenaikan harga minyak botol semakin dirasai sejak tiga bulan lepas.

BACA:

Bayi berusia 40 hari didapati mengandung

BKM Fasa 2 : Jumlah dan tarikh bayaran yang bakal diterima

Setelah teruk dikecam, Rosyam Nor dedah gurauan itu dirancang bersama Shuib