Harga satu tapak meniaga aidilfitri cecah RM17,000 di Senawang, patutlah harga baju mahal-mahal!

Setiap tahun apabila tibanya musim bazar Ramadan, pasti timbul isu harga tapak sewaan dijual pada harga ‘cekik darah’ kepada para peniaga.

Baru-baru ini, ramai terkejut melihat satu hantaran tular yang mendedahkan tapak khemah yang disewakan kepada para peniaga yang mahu membuka gerai di Dataran Senawang mencecah sehingga RM17,000.

Difahamkan harga biasa yang ditawarkan oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS) adalah sekitar RM2,000 hingga RM3,500.

Harga satu tapak meniaga aidilfitri cecah RM17,000 di Senawang, patutlah harga baju mahal-mahal!

Namun, harga baharu yang mencecah RM17,000 tersebut telah ditetapkan untuk tapak khemah yang diletakkan di bahagian hadapan.

Menurut sumber, peniaga yang berminat perlu membuat bayaran pendahuluan sebanyak 50 peratus daripada harga tersebut manakala baki 50 peratus lagi perlu diselesaikan pada Ramadan pertama.

Jika peniaga membatalkan atau tidak membuat bayaran penuh tempahan seperti tarikh ditetapkan, wang deposit mereka tidak dikembalikan.

Datuk Bandar terkejut harga sewaan tapak khemah

Memetik Sinar Harian, Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali nyata terkejut dengan harga sewaan tapak khemah berkenaan yang disifatkan tidak munasabah.

Difahamkan, ada tiga penganjur yang dilantik di bazar Aidilfitri Dataran Senawang yang diberi mengikut zon.

“Yang saya difahamkan harga mengikut saiz khemah antara RM2,000 hingga RM3,500, tapi harga sampai RM17,000 ini memang tak sepatutnya,” katanya.

Justeru, beliau tidak menolak kemungkinan harga itu ditawarkan oleh pihak ketiga yang cuba mengaut keuntungan dengan cara mudah memandangkan tapak khemah di situ yang sentiasa mendapat permintaan ramai.

Harap pihak berkuasa pantau sikap segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan kepada para peniaga yang sedang mencari rezeki di bulan Ramadan.

Baca juga: Suami kantoi pasang 6 skandal sekaligus, dahlah tak kerja, nafkah isteri pun tak bayar