Harga terlalu mahal buatkan pelajar perubatan ini tak mampu beli Stetoskop

Dr. Muhamad Akmal Saleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, berkongsi kisah menyentuh mengenai seorang pelajar perubatan universiti tempatan yang meminta meminjam stetoskop perubatan miliknya.

Dalam hantaran di Facebook, beliau menceritakan pengalaman ketika beliau sendiri berada di sekolah perubatan dan harus meminjam stetoskop daripada abang-abang senior kerana ketiadaan wang untuk membeli alat tersebut.

Dalam hantaran tersebut, Dr. Muhamad Akmal menyuarakan kesedaran terhadap cabaran kewangan yang dihadapi oleh pelajar perubatan tersebut.

Harga terlalu mahal buatkan pelajar perubatan ini tak mampu beli Stetoskop

Beliau turut memberikan tindakan positif dengan menawarkan stetoskop baru sebagai hadiah untuk pelajar tersebut.

Dalam tangkap layar hantaran WhatsApp dari pelajar tahun 1 bidang perubatan dan tahfiz tersebut, pelajar itu menjelaskan situasinya.

Beliau merupakan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan telah lima bulan tidak menerima elaun kerana masih dalam proses pengurusan.

Pelajar tersebut memberitahu Dr. Muhamad Akmal bahawa walaupun beliau telah meminta tolong dari ibu bapanya, tetapi disebabkan lima bulan tanpa elaun, semua perbelanjaannya, termasuk bayaran sewa rumah, telah ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapanya.

Maka, dengan berat hati, pelajar tersebut meminta jasa baik Dr. Akmal untuk meminjam stetoskop sehingga elaunnya diselamatkan.

Dr. Muhamad Akmal Saleh mengakhiri hantaran tersebut dengan doa dan harapan agar tindakan baiknya dapat menjadi sumber inspirasi bagi pelajar tersebut untuk berjaya dalam bidang perubatan dan memberikan sumbangan yang besar kepada masyarakat setempat.

Baca Juga : Noh Salleh dedah peribadi anak jadi pertikaian oleh bekas isteri