Hari ini tangkap esok dia buka balik kedai jagung depan KLCC, dah macam Dhaka

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kembali melancarkan operasi menentang lokasi penjaja warga asing yang tetap meneruskan perniagaan mereka di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, berhadapan dengan pusat beli-belah KLCC.

Dalam satu kenyataan, DBKL menyatakan bahawa walaupun tindakan sita telah diambil sebelum ini, penjaja warga asing terus menjalankan aktiviti perniagaan mereka tanpa rasa takut.

“Mereka (warga asing) ini tidak gentar walaupun tindakan telah diambil sebelum ini. Kebanyakannya terlibat dalam perniagaan menjual jagung bakar dan air tin minuman,” kata DBKL dalam kenyataannya semalam.

Hari tangkap esok dia buka balik kedai jagung depan KLCC, dah macam Dhaka

Oleh itu, DBKL menyatakan bahawa mereka akan terus mengambil tindakan dan melakukan pemantauan berkala di sekitar kawasan tumpuan (hotspot) melalui siri-siri tindakan khas yang melibatkan 11 kawasan Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan bahawa DBKL telah mengambil tindakan sita terhadap empat perniagaan yang dijalankan oleh warga asing di kawasan sekitar Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Tindakan tersebut diambil selepas menerima maklumat melalui media sosial yang mendakwa seorang lelaki warga asing dengan berani menjual jagung bakar di hadapan pusat beli-belah KLCC.

Perbuatan ini telah mencetuskan kemarahan orang ramai kerana bukan sahaja merosakkan pemandangan di kawasan tersebut, tetapi juga membahayakan keselamatan orang awam.

Baca Juga : Lepas banjir rumah jadi tongkang pecah, wanita ini tak tahu nak kata apa