Hattan tak peduli orang nak kata apa, “Lantak mereka, itu bukan masalah saya!”. ” Pertandingan bukan tempat untuk belajar. Mana cukup masa dan terus jadi bagus?”
Demikian pendapat padu diberikan oleh penyanyi bertaraf legenda negara, Datuk Hattan berhubung isu rancangan realiti tv membabitkan peserta bertanding dengan juri pertandingan.
Umum mengetahui kebelakangan ini, seakan sudah tercipta satu suasana lazim yang mana, setiap kali artis atau selebriti yang duduk di kerusi juri sesebuah pertandingan, pasti menjadi bahan pertikaian golongan ntizen.
WaIhal, kalau sudah diberi mandat untuk duduk di kerusi juri, tentu sahajalah mereka dikira orang yang tepat dan berkelayakan.
Kriterianya pasti sudah dinilai dengan baik oleh pihak produksi dan stesen TV tersebut.
Namun, ada berpandangan, segelintir juri tidaklah begitu berani dan lantang ketika menjalankan tugas dek kepatuhan kepada arahan atau garis panduan tertentu stesen TV.
Sebegitu terikat? Atau sebenarnya lebih baik lontarkan hujah berdasarkan pengalaman dan ilmu? Pancaindera (Utusan) cuba mengorek isi hati penggiat seni yang pernah duduk di kerusi juri.
“Lantak mereka, saya tak peduli pun” – Hattan
” Kalau ada yang tak suka dengan cara saya melaksanakan tugas ketika berada di kerusi juri, lantak mereka, saya tak peduli pun kalau orang nak kec4m.
” Itu bukan msaIah saya. Takkanlah nak paksa?
” Bukan semua orang boleh suka kita. Golongan menteri pun orang kec4m bagai nak rak. Bukanlah tak terima langsung pandangan orang, terima juga.
” Cara penjurian saya ikhlas dari hati. Saya akan cakap benda yang fakta. Kalau tidak, saya tak akan cakap sebab saya ini bukan orang yang akan cakap benda kosong,”katanya.
Mengalih pandangannya berhubung adakah ternyata juri sememangnya perlu mematuhi arahan tertentu stesen TV untuk program realiti yang membabitkan mereka, kata Hattan, itu tidak berlaku pada dirinya.
Ini kerana, sejak dari awal, dia telah meletakkan pra-syarat. Andai pihak stesen TV mahu menyuntingnya sebagai juri sesebuah program, mereka perlu terima caranya.
” Saya tak pernah lagi begitu.Saya akan bagi pendapat sendiri. Kenapa saya terima pelawaan jadi juri untuk program Mic On di Awesome TV?
Sebab saya boleh buat cara sendiri. Kalau orang nak saya, mereka kena terima dan saya boleh cakap tanpa ada halangan.
” Tapi tidaklah sampai setiap kali jadi juri, kerja saya asyik nak bantai peserta saja. Mula-mula saya akan beri tips. Tapi peserta ini tak boleh dimanjakan saban minggu.
” Kalau asyik nak fikir yang mereka takut itu ini, lebih baik mereka jangan masuk program dan bertanding. Itu bukan msaIah saya.
” Masuk pertandingan, kenalah terima kritikan. Satu lagi, pertandingan bukan tempat untuk belajar. Mana cukup masa dan terus jadi bagus?
” Kalau nak belajar, masuk saja Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Pergi belajar dulu dengan guru vokal betul-betul,” katanya.
Fakta menarik tentang Hattan
1) Pemilik nama sebenar Mohd Shukri Shahabudin ini dilahirkan di Seri Menanti, Negeri Sembilan pada 21 Disember 1964.
2) Lagu “Memburu Rindu” ciptaan M. Nasir telah menaikkan nama Hattan selaku penyanyi solo yang popular di awal tahun 1991.
3) Beliau giat aktif sebagai penyanyi solo Hattan pernah menganggotai Kumpulan FRU dan pernah merakamkan album yang berjudul Kelahiran pada tahun 1988.
4) Beliau kemudiannya meneruskan kerjaya sebagai penyanyi solo dan telah melahirkan deretan album-album yang mengandungi banyak lagu popular sepanjang zaman.
5) Antara lagu-lagu beliau yang masih menjadi siulan sehingga kini ialah Memburu Rindu, Mahligai Syahdu, Dari Kekasih Kepada Kekasih, Rendang Tak Berbuah, Rindu Bertandang Lagi dan Rona-rona Cinta.
6)Hattan juga turut mempopularkan loghat Negeri Sembilan menerusi lagu Biso Bonar.
7)) Beliau pernah berkahwin dengan Arianie Mohd Abidin pada 17 Disember 1996 sebelum bercrai talak satu pada 10 Mac 2005 di Mhkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.
8) Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Adam Eiman (lahir 1998).
9) Pada 11 November 2011, beliau telah mendirikan rumh tngga bersama Farah Asyikin Othman di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti sebelum bercrai dengan taI4k satu di Mhkamah Rendah Syariah Kuala Pilah pada 12 Januari 2012.
10) Beliau kembali menikahi bekas isterinya Datin Arianie pada 24 Julai 2013 dan bahagia sehingga kini.
Sumber:utusan
Tonton:
Baca:
Lipan “seronok” bersarang di rumah kita, ini punca sebenar
Harimau tiba-tiba sahaja muncul semasa tebang pokok, seolah beri petanda…
Kecoh harga sebuah RXZ dijual RM70 Ribu, ini penjelasan pemilik