HD betul cctv di Kelantan ni, ramai tertarik rakaman kemalangan

Walaupun sudah berada di dalam era serba moden ini, boleh dikatakan majoriti hasil rakaman CCTV di kebanyakkan lokasi masih dengan kualiti rendah.

Hal ini sekaligus memberi kesukaran kepada pihak tertentu dalam mengesan aktiviti atau kenderaan yang berkait kemalangan atau jenayah.

Namun sebaliknya buat sebuah negeri yang berada di timur laut Semenanjung Malaysia iaitu Kelantan di mana sebuah rakaman CCTV berhubung satu kemalangan yang berlegar di media sosial meraih perhatian netizen.\

Apa yang menarik perhatian ramai adalah dengan kualiti rakaman yang cukup jelas dan beresolusi tinggi walaupun pada waktu malam bahian mampu mengezum visual untuk lebih dekat.

“Tu yang aku cakap Selangor tak akan boleh jadi macam Kelantan. Dalam Pavi mall pun cctv macam 20 tahun lepas,” kongsi seorang netizen.

“Terima kasih kerana menengahkan benda yang positif dari Kelantan,” komen seloroh dari seorang netizen.

“Negeri paling clear CCTV,” komen seorang netizen.

“Bagus sebenarnya sebab boleh mudahkan banyak pihak,” kongsi seorang netizen lain.

Susulan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum melihat kemampuan kamera CCTV yang digunakan di negeri berkenaan. Mana tidaknya, dekat Kuala Lumpur pn belum tentu kita dapat melihat kualiti rakaman sebagus di sana.

Ramai turut meminta pihak berkaitan di seluruh Malaysia untuk menggantikan kamera CCTV lama kepada yang lebih canggih kerana menjadi satu bukti kukuh jika berlaku kemalangan atau jenayah di kawasan awam.

Baca : Tokti buat podcast! Ramai teruja bila tahu tetamu pertama