Hebat dia ni, designer gaun Dayang Anisha pernah buat gaun Taylor Swift tu

Walaupun ‘Wedding of The Year’ antara Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, anakanda ke-10 Sultan Brunei, dengan Yang Mulia Pengiran Anak Isteri Dayang Anisha Rosnah sudah berlalu hampir seminggu, kemeriahan perkahwinan diraja tersebut masih menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat.

Dari adat unik, busana perkahwinan yang memukau, hingga acara mewah dan gilang-gemilang, semua aspek ini terus menjadi perbualan orang ramai yang terpesona dengan keindahan perkahwinan diraja Brunei.

Dalam konteks ini, Dayang Anisha telah mencuri perhatian dengan kecantikannya, terutama ketika mengenakan gaun labuh yang berkilauan.

Hebat dia ni, designer gaun Dayang Anisha pernah buat gaun Taylor Swift tu

Mengenai gaun-gaun yang dipakai oleh Dayang Anisha, mStar sebelum ini telah berkongsi pereka fesyen di sebalik busana beliau pada Majlis Khatam Al-Quran serta Majlis Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja.

Sekarang, mari kita kenali pereka fesyen di sebalik gaun yang dipakai semasa Majlis Persantapan Diraja, iaitu Zuhair Murad.

Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai Zuhair Murad:

1) Zuhair Murad adalah seorang pereka fesyen dari Lubnan.

2) Beliau dilahirkan pada 15 Julai 1971 di Ras Baalbek, kini berusia 53 tahun.

3) Selepas tamat persekolahan, Zuhair pindah ke Paris, di mana beliau memperoleh ijazah dalam bidang fesyen.

4) Ketenarannya terletak pada keupayaannya mencipta gaun yang indah untuk pelbagai acara termasuk perkahwinan, majlis anugerah, kostum filem, dan sebagainya.

5) Zuhair adalah pereka fesyen di sebalik gaun ikonik yang dikenakan oleh Jennifer Lopez dalam filem Marry Me pada tahun 2022.

6) Sentuhan magis Zuhair telah menjadi pilihan ramai selebriti dan VIP Hollywood termasuk Adele, Taylor Swift, Carrie Underwood, Ivana Trump, Beyoncé Knowles, Shakira, Katy Perry, dan Priyanka Chopra.

7) Salah satu karyanya adalah gaun yang dipakai oleh Puteri al-Taweel dari Arab Saudi semasa majlis perkahwinan Putera William dan Kate Middleton pada tahun 2011.

8) Zuhair berkongsi lakaran gaun untuk Dayang Anisha di laman Instagramnya. Menurutnya, gaun tersebut direka dan disesuaikan untuk mencipta warna gading yang diselaputi dengan sulaman halus motif flora serta dihiasi dengan mutiara.

9) Dianggap sebagai salah seorang pereka fesyen paling berbakat pada abad ke-21, Zuhair juga dikenali sebagai individu di sebalik tabir penampilan memukau selebriti di karpet merah.

10) Zuhair Murad mempunyai lebih daripada 6.6 juta pengikut di Instagram.

Baca Juga : Sempat rakam video nampak kelibat kaki ‘ketuk pintu’