Bekas pengacara TV3 yang juga bekas isteri kenamaan didakwa melanggar pondok pengawal di sebuah kawasan perumahan.
Dah kenapa tu?
Menerut satu hantaran di Twitter, seorang individu kongsikan perkara dimana bekas pengacara itu dikatakan telah memecahkan pejabat pengurusan, merosakkan CCTV, memukul staf pengurusan dan pelbagai lagi kekasaran lain yang dibuatnya. Allahu..
Individu tersebut juga mengatakan yang kelakuan bekas pengacara itu membuat ‘kecoh’ bukanlah kali pertama terjadi.
Bukan tu jer, pihak berkuasa di situ juga dikatakan tidak akan mengambil apa-apa tindakan sebab personaliti televisyen itu ada ‘kabel besar’ walaupun telah membahayakan nyawa orang lain. Wah! Besar mana ‘cable’ dia tu?
Dalam pada masa yang sama, ada juga penduduk di kondominium itu berkongsikan foto keadaan kereta bekas pengacara itu sambil berkata pemiliknya sedang ‘menggila’.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang tertanya-tanya siapakah bekas personaliti TV itu dan ada juga yang mendesak agar identitinya dibongkarkan kerana tidak layak untuk disorokkan.
Baca Selanjutnya :
- WOW! Isteri Minta Rakam Aksi Ketika ‘Bersama’ Bikin Suami Terkejut Walaupun Baru 3 Bulan Kahwin
- AKHIR ZAMAN : Ibu Muda 18 Tahun Upah Pembunuh Upahan Untuk Tamatkan Riwayat Anak Sendiri 3 Tahun
- Lepas Viral, Bisnes Ayam Kipuk Bukan Makin Laku, Tapi Diarah Tutup Oleh Pihak Berkuasa Lepas Jiran Buat ‘Report’