Hentikan politik pecah belah, kekalkan kesatuan

TOLAK POLITIK BERANTAKAN
Biar semai kesepakatan dan keamanan.

Kita bukan bangsa yang diajar untuk memaki, menghamun dan menghina sesama kita. Biar kita tidak sependapat, meledakkan cacian di medsos membuktikan kita “berpenyakit”.

Keluarkan hujah kental dan buktikan telahan kita benar dan berfakta. Hujah perlu dilawan dengan hujah. Fakta juga perlu bertemu fakta bukan auta.

Memaki, menghina dan hamun menghamun bukan cara selesai masalah. Kalau perbezaan politik ketara boleh disatukan hanya niat untuk menang PRU-14 lalu kenapa tidak dalam isu siapa PM.

Drama yang panjang menjadikan kita letih untuk meneka malah semakin muak untuk mentafsir apa sebenarnya yang diingini.

Rakyat hanya inginkan nasib terbela selepas musibah Covid19. Rakyat tiada masa beremosi siapa yang patut jadi PM saat ini.

Kesepakatan adalah penting dan balas membalas hujah dengan terlalu banyak “kalau” amat membosankan.

Pilihan pertama,pilihan kedua dan pilihan ketiga. Jika kesemuanya tidak dipersetujui, keluarkan pilihan keempat atau kelima.

Cuma berapa banyak pilihan sekalipun jika hati sudah tidak dapat bersama maka segala rancangan akan gagal dan kekal sebagai pembangkang sehingga PRU-15.

Bersabar melihat “lakonan” adakalanya melucukan. Ada ketikanya hati menjadi sakit kerana rakyat diajak bertepuk tangan.

Cukup dan sudah sudahlah. Kalau “Ya” katakan “YA” kalau TIDAK katakan TIDAK.

Biar kita isi dada medsos dengan didikan serta kongsi peluang mencari rezki bukan mengajak sesama kita berantakan.

Sesungguhnya kedamaian adalah pilihan kita dan kesepakatan adalah keinginan kita.

DDM

Sumber: