Menyusul pendedahan pelakon Zarina Anjoulie mengenai sikap sebenar, Fathia Latiff kelihatan tidak tinggal senyap.
Melalui Instagram Stories, Fathia membalas tindakan Zarina, atau lebih mesra disapa Anju, yang campur tangan dengan isu mengenai wajah aktres Zahirah MacWilson dengan menyamakannya seperti bibik.
Fathia, 38, mengekspresikan ketidakpuasan hatinya terhadap Anju, mendakwa bahawa Anju sengaja mencari populariti dengan memanfaatkan kontroversi yang sedang melibatkannya.
“Aku nak cakap dengan kau. Apa jadi dengan aku? Aku okey saja sekarang ini. You are the ugliest life I’ve seen in my life. Honestly! Aku tak menipu, aku tak fake. Kau baru balik umrah tapi perangai macam sial. Aku yang tak pergi umrah ini doa agar hidup kau sengsara (miserable). Masalahnya kenapa kau kena masuk campur?
Macam kau gila glamour. Macam Makcik Bedah. Umur kau 39 tahun tapi you act macam umur 40 atau 45 tahun. Kau macam perempuan murahan yang tiba-tiba nak sibuk hal aku. Bukan nak backup aku.”
Tidak hanya itu, Fathia Latiff juga melibatkan tindakan menghina fizikal (body shaming) Anju.
“Tolong la malu sikit dekat anak kau. Aku memang geram. Dengan hidung kau buruk panjang, dengan gigi taring. Ingat kau hot sangat? Kau punya bontot pun fake. Mai la gaduh dengan aku. Sini datang jumpa aku.”
Sebelum ini, Fathia mendakwa Zahirah melakukan pembedahan plastik di bibirnya dan menyatakan bahawa dia lebih jelita. Fathia juga bersyukur kerana tidak berkahwin dengan Aiman Hakim Ridza kerana mendakwa aktor tersebut tidak memiliki wang.
Baca Juga : ‘Saya jadi gementar dan takut bila terdengar suara dari kubur tu’ wanita cerita pengalaman di kubur lama