Hilang 25kg dalam masa 10 bulan? Ini tipsnya

Hilang 25kg dalam masa 10 bulan? Ini tipsnya…

Antara azam tahun 2023 setiap orang adalah mengamalkan gaya hidup sihat dan memilih untuk menurunkan berat badan kerana mahu melakukan kerja dengan lebih mudah dan senang. Buat yang ingin diet pada tahun 2023 ini, hari ini kami akan kongsikan tips diet berjaya turun 25kg dalam masa 10 bulan. Memang menjadi dan paling penting kena konsisten. Jom cuba…

TIPS DIET HILANG 25KG DALAM MASA 10 BULAN

1. Kurangkan garam, minyak dan gula. Kalau boleh elak, elakkan la ambil makanan bersodium tinggi, makanan tinggi gula, makanan process dan fast food.

2. Ambil makanan dari sumber semulajadi seperti ayam, ikan, telur, kekacang, sayur sayuran dan buah buahan.

3. Makan kerap tetapi dalam portion yang betul. Ambil suku suku separuh. Suku karbo (nasi, roti, bihun), suku protein (lauk pauk), separuh (sayur sayuran).

4. Kurangkan pengambilan karbo. Setiap main meal ambil segenggam tangan sendiri sahaja.

5. Lebihkan sayur sayuran. Kalau rasa nak mengunyah, kekacang adalah sumber lemak yang baik untuk mengunyah. Baked kosong ambil 10-12 biji untuk sekali snacking. Atau boleh ambil buah buahan atau sayur sayuran sebagai healthy snack.

6. Kurangkan ambil air manis. Kalau boleh lupakan terus pun tak apa air bergas atau berkarbonat tu. Banyakkan minum air kosong dan boleh ambil kopi kosong, fresh milk atau green tea kosong. Sedap.

7. Perlu tahu maksud diet yang sebenar. Kerana ada sesetengah persepsi beranggapan bahawa diet itu perlu berlapar. Tidak! Saya sendiri makan 5-6 kali sehari, Ikut keperluan badan saya pada hari-hari tertentu.

8. Rajinkan diri untuk membaca info berkenaan kesihatan dan diet yang betul. Kalau rasa nak mengalah, penat dan stress. Rehat kejap dan cepat-cepat baca balik kisah kejayaan orang yang dah berjaya! Kalau mereka boleh, takkan kita tak boleh kan? Follow orang yang rajin share menu-menu dan tips diet.

9. Jangan terlalu memaksa badan untuk cepat kurus. Ini akan menyebabkan badan cepat berasa bosan dan stress. Apabila stress, process penurunan berat akan terganggu. Kena ingat, Kita nak gemuk pun makan masa bertahun tahun, takkan nak kurus dalam masa seminggu kan? Sabar. Slow tak apa janji konsisten.

10. Tidur mesti cukup 6-7 jam sehari, tidur yang berkualiti baik untuk kesihatan. Minum air putih sehingga urin anda berwarna jernih. Bila urin warna jernih insyaAllah badan kita cukup air.

11. Bersenam. Saya tak bersenam hari-hari. Hanya 2-5kali seminggu. Janji konsisten. Jangan buat seminggu lepas tu cuti sebulan ok. Bersenam, Saya suka cardio. Tapi saya buat macam-macam senaman supaya tak bosan.

12. Menu-menu saya tak ada sebarang perasa tambahan. Hanya menggunakan garam dan rempah ratus sahaja untuk memasak.

13. Saya suka sayur warna warni. Jadi piring saya memang akan penuh dengan sayur yang berwarna warni. Sayur selalu saya akan lebihkan ulam ulaman, jimat kalori dan piring saya ni kecil sahaja ya. Sebab tu nampak penuh.

Semoga bermanfaat untuk semua dan sama-sama kita amalkan gaya hidup pada tahun 2023 ini.

BACA JUGA:

Pasukan penyelamat Malaysia tiba di Gaziantep, tidak dapat masuk ke ’ground zero’

Hassan Karim tuntut janji Anwar letak SPRM bawah parlimen

IPT disarankan mempunyai mekanisme pastikan hasil kerja pelajar tulen, tidak dihasilkan oleh teknologi sepenuhnya