Hilang kawalan ! Orang ramai berebut makanan di Open House Dataran Merdeka .Tular satu klip video menunjukkan keadaan tidak terkawal sehingga menyebabkan orang awam terpaksa berasak-asak bagi mendapatkan pek makanan di sebuah majlis rumah terbuka di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di laman sosial Ijam itu turut memaparkan pengalaman kurang enak yang terpaksa dilalui oleh tetamu yang menunggu terutama di barisan hadapan kerana ditolak.
Selain tiada barisan dan pengurusan yang dilihat pada video berdurasi 2.32 minit itu, keadaan menjadi lebih teruk apabila anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas bertindak meninggikan suara kepada tetamu.
Susulan perkongsian tersebut, rata-rata orang ramai meluahkan kekecewaan terhadap pihak pihak penganjur kerana gagal menguruskan majlis tersebut dengan baik.
“Entahlah, siapa pihak pengurusan ni? Sepatutnya dari awal buat beberapa barisan dan bagi mereka satu-satu mengikut barisan. Aduh penganjur,” Kata Siti.
“Kesian sangat. Mungkin yang datang sini memang susah dapat makanan agaknya. Penganjur sepatutnya lebih bersedia,” seloroh Kak Wan.
“Sebiji macam negara luar yang berebut kebulur makanan. Serius la sanggup berhimpit bersesak untuk benda yang sendiri mampu beli,” ujar Izz.
BACA:
Bunuh wanita, biri-biri dijatuhi hukuman penjara 3 tahun
Saintis Jepun buat kajian terhadap mumia duyung berusia ratusan tahun