Honda HR-V versi baru bakal tiba di Malaysia, jadi sebutan ramai

Oleh Admin

Honda HR-V versi baru bakal tiba di Malaysia, jadi sebutan ramai. Honda HR-V versi baru jadi kegilaan orang ramai, tiba Malaysia dalam masa terdekat. Honda HR-V 2022 serba baharu kini sudah pun dijual di Thailand, Indonesia dan Singapura. Sebelum ini, kami telah melaporkan bahawa Honda Malaysia dijangka melancarkan Honda HR-V generasi akan datang pada separuh kedua 2022.

Perkembangan terbaru yang telah disalurkan kepada kami adalah Honda Malaysia akan melancarkan Honda HR-V 2022 serba baharu pada bulan Julai, menurut satu sumber yang arif mengenai perkara tersebut.

Honda HR-V generasi sekarang masih dijual pada harga tanpa SST seperti berikut, sehingga 30-Jun 2022:

HR-V 1.8E: RM 104,000 (harga termasuk SST – RM 108,800)

HR-V 1.8 SE: RM 105,363

HR-V 1.8V: RM 113,421 (harga termasuk SST – RM 118,800)

HR-V 1.5 i-DCD Sport Hybrid: RM 113,954

HR-V 1.8 RS: RM 118,581 (harga termasuk SST – RM 124,800)

Honda HR-V versi baru bakal tiba di Malaysia, jadi sebutan ramai

Berapakah anggaran harga untuk 2022 Honda HR-V serba baharu?

Subjek ini agak sukar untuk dianggarkan kerana struktur cukai Malaysia berdasarkan kapasiti enjin manakala negara jiran kita, termasuk Indonesia, telah beralih kepada cukai berasaskan pelepasan CO2.

Honda HR-V serba baharu boleh didapati dalam 3 pilihan enjin, kesemuanya 1.5 liter – dalam pilihan i-VTEC aspirasi semula jadi, hibrid e:HEV dan VTEC Turbo. Daripada apa yang kami kumpulkan, kesemua 3 pilihan enjin akan ditawarkan di Malaysia.

HR-V generasi sekarang menggunakan enjin 1.8 liter yang lebih besar, berada dalam kurungan cukai eksais yang lebih tinggi.

Secara teorinya, harga untuk HR-V 1.5 liter baharu sepatutnya lebih murah tetapi jangkaan ini tidak tepat jika enjin 1.5 liter adalah unit hibrid atau pengecas turbo yang lebih kompleks – seperti yang berlaku untuk Honda HR-V 2022.

Selain itu, HR-V generasi baharu adalah produk yang jauh lebih premium, dengan bahan kabin yang jelas lebih mewah daripada model sekarang, lengkap dengan corong udara sisi yang berfungsi sebagai ‘tirai udara’ untuk tingkap sisi hadapan untuk memastikan kabin lebih sejuk, lagi-lagi dengan iklim tropika kita.

Pembeli juga tidak boleh membandingkan dengan harga HR-V di Thailand, di mana kereta dikenakan cukai berdasarkan pelepasan CO2 dan hibrid dikenakan cukai lebih rendah. Di Thailand, HR-V hanya tersedia sebagai hibrid.

Di Indonesia pula, terdapat kenaikan besar dalam harga, naik sebanyak 24 peratus secara besar-besaran walaupun untuk varian S 1.5 liter i-VTEC aspirasi semulajadi yang paling murah.

Untuk varian RS berkuasa 1.5 liter VTEC Turbo yang paling mahal, ia kini 28 peratus lebih mahal daripada varian spesifikasi tertinggi sebelum ini.

Walau bagaimanapun peningkatan itu kebanyakannya disebabkan oleh pelarasan cukai di Indonesia, yang meningkat daripada 10 peratus kepada 11 peratus pada 2021, serta kenaikan cukai mewah untuk kereta, yang kini dikira berdasarkan pelepasan CO2, dan telah mengakibatkan kenaikan harga untuk banyak model kenderaan.

Honda HR-V versi baru bakal tiba di Malaysia, jadi sebutan ramai

Walau apa pun, kenaikan harga untuk Honda HR-V 2022 memang akan terjadi di tambah pula dengan kenaikan harga bahan mentah semasa, adalah munasabah untuk menjangkakan kenaikan sekitar 7 hingga 15 peratus, tidak termasuk SST.

Namun, sumber memberitahu kami bahawa anggaran harga untuk Honda HR-V 2022 akan cukup kompetitif berbanding Toyota Corolla Cross, yang berharga dari RM 123,000 hingga RM 136,500 tidak termasuk SST.

Sama ada ini akan dicapai dengan mengorbankan spesifikasi yang lebih tinggi masih perlu tunggu dan lihat.

Hakikatnya, semua model HR-V yang dijual di rantau blok perdagangan ASEAN menerima unit infotainment yang lebih murah, mirip dengan skrin seperti TV cathode ray tube (CRT) lama seperti Toyota Corolla Cross.

BACA:

Proton Saga versi terkini bocor, semua telan air liur

BKM Tambahan RM500 : Ini senarai yang layak memohon

Hanya guna minyak bekas goreng ikan masin, pokok berbuah lebat