Sekali lagi ayah kena tangkap dan kali ni hukuman agak lama. Adik masih kecil, perlukan susu dan pampers, ibu hanya surirumah.
Waktu tu lah datang seorang lelaki bagi bantuan makanan, banyak! Tapi makin lama, makin kerap dia datang. Sampai tidur dekat rumah kami berhari-hari..
Nama aku Nia (bukan nama sebenar) umur aku sekarang 16 dan berhenti sekolah waktu umur aku 14 tahun, jadinya aku anak perempuan sulung yang selalu ada kat rumah dan aku anak yang paling tahu apa yang jadi kat rumah.
Aku ada 2 adik lelaki, adik lelaki pertama umur 13 dan adik lelaki kedua umur 6 tahun. Aku lahir dari keluarga yang sederhana dan juga “broken home”. Ayah aku kerja jual dadah dan ibu hanya suri rumah. Aku dah terbiasa dari kecil tengok ayah keluar masuk penjara sebab kerja dia.
Dan setiap kali ayah ke dalam ibu lah yang akan kerja. Memori aku tentang hubungan ibu dan ayah dari kecil suram sangat, banyak gaduh, ayah kerap tak balik rumah sebab kerja dia, berkali-kali kantoi curang. Aku sebagai anak tak rasa langsung sosok ayah dari dia, ibarat ada ayah tapi macam takde ayah. Banyak memori dengan ibu je dari kecil.
BACA: PANAS! :Tiktokers Niqab ‘Belanja’ Buah, Ramai Laki Orang Dan Bapak Budak Layan ‘Live’
Aku nak cerita pasal kehidupan aku waktu umur aku 14 tahun, tahun 2021. Waktu umur aku 14 tahun, ayah ke dalam lagi sebab kerja dia.
Waktu tu ibu buntu sebab takde duit, ayah takde tinggalkan duit langsung pun. Adik lelaki aku yang kedua umurnya waktu tu 4 tahun masih memerlukan susu dan pampers.
Memang susah betul waktu tu, sampailah satu hari tu ada satu lelaki yang nak tolong kami. Lelaki tu kawan kepada adik ibu aku, yang juga dari kampung aku (tempat ibu lahir dan membesar) lelaki tu datang dari kampung aku ke rumah bersama adik ibu dan membawa barang-barang yang dah diorang belanja untuk kami.
Dia ni dah ada anak bini ya. Aku fikir lelaki tu cuma nak tolong waktu tu sahaja tapi fikiran aku salah. Sejak dari tu lelaki tu kerap datang rumah, mula-mula dia selalu bawak barang-barang keperluan dapur.
Senang cerita lelaki tu lah yang selalu belikan barang-barang dapur bila barang-barang dapur dah habis sampai ibu pun tak kerja hanya duduk rumah je.
Makin lama kelamaan lelaki ni selalu datang rumah sampai dia datang tanpa adik ibu atau tanpa sepengetahuan adik ibu langsung pun. Aku rasa tak selesa dan rasa lelaki ni melampau sebab kerap datang rumah sampai tido kat rumah berhari-hari.
Aku sebagai anak perempuan siapa je yang selesa kalau ada orang luar, lelaki duduk rumah kita, tido rumah kita berhari-hari? Ibu pulak waktu tu dah macam orang yang tengah jatuh cinta, tak fikir pasal perasaan anak.
Dia persilakan je lelaki tu datang rumah siap tanya, “bila nak datang rumah lagi ?” benda ni lama kelamaan jadi terbiasa untuk lelaki tu sebab mungkin dia fikir aku dan adik-adik okay je kalau dia datang dan tido kat rumah sampai berhari-hari.
Aku tengok lain macam ibu dengan lelaki ni, pernah ibu tengah tido lena aku cepat-cepat buka whatsaap ibu dan aku baca mesej dia dengan lelaki tu.
Betapa luluhnya hati aku bila aku baca mesej diorang, siap bersayang sayang dan juga mesej yang tak senonoh (mesej Iucah). Sakit dan sedih sangat hati aku waktu tu.
Sejak tu aku mula tak suka lelaki tu benci sangat-sangat, aku luah kat ibu aku cakap yang aku tak selesa dengan lelaki tu sebab selalu datang rumah dan tido berhari-hari tapi ibu buat endah tak endah je. Aku pun tak boleh buat dan redho jelah terima kalau lelaki tu akan selalu datang rumah ni.
Aku yang waktu tu penakut dan lembab tak boleh fikir apa yang patut aku buat, sampai ibu tido dengan lelaki tu pun aku biarkan. Sampai diorang terbiasa tido sama-sama. Pernah diorang kata nak keluar kejap pergi beli barang bawa adik lelaki aku umur 4 tahun waktu tu.
Aku pulak jenis kalau boleh nak duduk rumah je jadi aku tak ikut diorang lah, aku hanya tinggal kat rumah sorang-sorang. Adik pertama aku ke mana? Dia tahfiz. Lelaki tu dan ibu waktu tu tak balik-balik, rupanya ibu bagitau diorang pergi bermalam kat hotel.
Aku tak boleh brain waktu tu, memang overthinking gila aku waktu tu. Aku tertanya-tanya kat ibu, kenapa bermalam kat hotel dengan lelaki tu? Benda ni kerap berlaku dan bagi diorang dah macam benda yang normal macam suami isteri buat. Pergi honeymoon bercuti book hotel.
Pernah waktu tu aku tengah duduk kat kampung (btw kampung aku tu tempat tinggal lelaki tu) lama jugak la lebih sebulan duduk kampung. Ada satu hari tu macam biasa ibu nak keluar dengan lelaki tu bawak adik aku yang kedua pergi beli barang tapi sama jugak diorang tak balik.
Aku tanya ibu kenapa tak balik, ibu kata tido rumah mak lelaki tu. Aku pun percaya jelah. Sampai besok tengah hari ibu masih tak balik, aku mesej dia tak baIas, aku call dia tak jawab. Berkali-kali aku video call sampai call aku terjawab.
Waktu video call aku diangkat muka pertama yang aku nampak adalah adik aku, dia panggil ibu dan arahkan kamera ke ibu tapi ibu tak layan.
Apa yang aku nampak waktu adik aku arahkan kamera tu aku nampak diorang ada kat dalam hotel, aku nampak ibu tengah baring dan lelaki tu tengah duduk.
Lepas ibu tak layan adik aku, adik aku sambung tengok youtube. Tapi call aku masih tak ditutup cuma video call nya jadi ditutup sebab adik aku tengok youtube. Sedih weh sebab kena tipu, aku percaya yang ibu tido rumah mak lelaki tu waktu tu rupanya pergi hotel.
BACA: PADAN MUKA!- Lelaki Tunjuk K*tek, Cium Pipi Anak Saudara Bakal Dipenjara 10 Tahun
Aku sengaja tak end call tu sebab nak dengar suara diorang. Entahlah bunyi tak jelas suara ibu, taktau nak jelaskan. Sampai satu hari ni hari yang buat aku terduduk dan pukuI diri aku sekuat habis tenaga sebab geram dengan apa yang aku nampak dengan mata kepala aku.
Waktu tu ibu dengan lelaki tu tido dekat ruang tamu dengan adik lelaki kedua aku. Aku waktu tu tak tido sebab main game dalam bilik ibu. Bilik ibu paling depan kat ruang tamu. Depan bilik ibu ada meja dan cermin panjang yang di mana cermin tu memantulkan ruang tamu.
Maknanya boleh nampak apa yang orang buat kat ruang tamu tu. Lepas subuh dalam pukuI 6 pagi waktu tu hujan. Aku keluar bilik pergi dapur sebab nak ambil air. Lepas ambil air aku nak masuk balik bilik tapi waktu tu hati aku terdetik nak tengok ibu.
Tapi aku tak berani nak tengok ke ruang tamu terus, entah macam mana mata aku toleh ke cermin atas meja depan bilik ibu yang memantul ke ruang tamu. Hancur hati aku bila nampak ibu dan laki tu sedang bersama. Jelas sangat pantulan tu dari cermin lagi lagi diorang kat ruang tamu dan waktu tu pukul 6 pagi dah terang dah pun.
Reflection aku hanya masuk dalam bilik ibu dan terus terbaring tiarap sambil nangis dan cederakan diri aku sampai rasa darah dalam mulut, aku buat sekuat habis.
Memang waktu tu aku tak rasa sakit sangat rasa sakit sikit sikit je. Bermacam- macam fikiran dan suara yang aku dengar waktu tu.
Tak lama aku dengar suara kereta lelaki tu dari depan nak balik macam orang kelang kabut. Kalau difikir fikir mungkin aku terhempas pintu bilik kuat kuat? Aku sampai tak sedar yang aku tertutup pintu kuat-kuat.
Seminggu aku jauhkan diri dari ibu, seminggu tu kitorang jadi kurang bercakap. Aku pun berminggu-minggu berturut turut menangis.
Taktau macam mana nak luahkan perasaan aku waktu tu, tiada sorang pun yang boleh aku percayakan. Aku rasa macam hidup sorang-sorang padahal ada famliy di sekeliling aku.
Sampai satu tahap, aku luahkan semuanya pasal perasaan tak selesa lelaki tu kat ibu, pasal trauma aku waktu kecik pernah kena sexual harassment banyak kali dengan cousin sendiri tanpa sepengetahuan dari ibu ayah langsung.
Aku ceritakan semuanya kecuali apa yang aku tahu pasal ibu dan lelaki tu. Panjang berjela mesej aku ke ibu. Aku fikir dengan luahkan semuanya ibu boleh bantu aku. Tapi takde respon satu pun, dia cuma seen dan yang lebih parahnya lagi dia forward semua mesej aku kat lelaki tu.
Lelaki tu Whatsaap aku, dia hantar screenshot chat aku yang ibu forward tu then dia cakap “maaf lah ya buat adik tak selesa, lepasni saya tak datang dah” sedih weh sedihh. Aku block lelaki tu tanpa cakap apa-apa.
Lepas luahan aku tu memang lelaki tu tak datang dah, hati aku jadi lega gila bila dia tak datang.
Aku fikir kan lelaki tu memang tak kan datang dah rupanya dalam beberapa hari dia datang lagi rumah dan buat macam biasa takde apa.. Lama kelamaan masih lagi datang dan tido lagi kat rumah berhari-hari. Aku betul-betul tak boleh nak cakap apa dah.
Lepastu entah macam mana ibu nak berniaga pulak jual sarapan pagi, dari sini hidup aku makin membaik sebab makin lama ibu makin nak jauhkan diri dari lelaki tu sampai diorang betul-betul dah berjauhan.
Contact lelaki tu pun ibu dah tak save, aku pun taktau apa punca diorang berjauhan tapi Alhamdulillah Allah sentiasa dengan aku, Allah selalu dengar doa dan isi hati aku.
Hidup aku dengan ibu hanya fokus pasal niaga sahaja. Dari 2021/12 – 2023/3 kami niaga. Alhamdulillah semua berkecukupan Allah permudahkan. Tapi tak sampai situ saje ceritanya, bukan hanya satu lelaki tapi banyak lelaki yang masuk dalam hidup ibu semuanya dah ada anak bini.
Ada yang dah duda, ada yang dah ada anak bini tapi mengaku bujang, ada yang dah tua ada bini anak ramai tapi masih tergila-gilakan ibu, kononnya bini dia terima dan sanggup dimadukan, bila ajak jumpa bini dia taknak pulak. Sampai paksa nikah senyap-senyap.
Sekarang aku nak cerita pasal hidup aku lepas ayah keluar (2023). Semuanya berubah lagi makin membaikkkk sejak tahun 2023 Alhamdulillah. 2023 ibu tak dekat dengan mana mana lelaki dah, waktu tu rumah betul-betul tempat selesa bagi aku sebab takde lelaki yang datang dan takde yang ganggu (masih berniaga sampai bulan 3)
Ayah keluar tahun 2023 bulan 3 (ramadhan) kalau ikutkan bulan 5/6 dia keluar tapi entah macam mana dia boleh lepas awal. Dari kecil aku tak nampak sosok ayah dari diri ayah sampai sekarang umur aku 16 baru aku nampak peranan “ayah” tu ada dalam hidup aku.
Btw selama ayah kat dalam 2 tahun, sekali je ibu jenguk ayah, kali ni lah ayah ke dalam ibu tak jenguk dah, ibu dah betul-betul benci ayah lepas kantoi curang banyak kali sampai tak balik malam tu. Benci sampai kata nak bercerai tapi tak cerai-cerai pun..
Macam mana ayah ? Hahaha, dia masih dalam pekerjaan kotor dia, masih tak balik malam. Aku beritahu ayah apa yang perlu dia ubah dari segi kerja dia dan lain-lain, tapi masih tak diubah. Susah katanya, padahal 2 tahun dia duk penjara tu, tak mati pun tak hisap benda tu.
Ayah sendiri yang buat pilihan, keluar keluar terus cari dadah balik. Sengaja.. Memang waktu awal ayah keluar memang banyak pergaduhan yang ibu ayah buat atas sebab masa lalu lah, curang dan lain-lain.
Ayah menangis merayu-rayu tak nak bercerai dengan ibu, entah penjelasan apa je yang dorang cakap.
Waktu dorang gaduh aku memang tak layan langsung sampai ibu whatsaap aku meluahkan perasaan dia tapi aku buat tak tahu je tak cakap apa-apa.
Ibu cakap, “oo Nia kau dah tak nak layan ibu dah? ” Aku bukan sengaja nak ignore ibu tapi aku cuma rasa tak adil kalau aku sokong ibu padahal ibu pun buat benda yang sama macam mana yang ayah buat, “terlanjur”.
BACA: ROMANTIK: Patutlah Kajol ‘Sayang’ Shah Rukh Khan, Pukul 3 Pagi Pun Sanggup Angkal Telefon
Aku.. Taktau perlu buat apa. Aku rasa macam nak berdiri tengah-tengah laut yang menyeramkan tu lepastu biarkan je laut tu telan aku hahahahaha biar aku hilang. Entahlah benda ni di luar kendali aku, jadinya malas nak paksa apa-apa.
Benda ni dari kecik sampai sekarang aku rasa. Mampu doa dan percaya dengan Allah je. Diri aku yang sekarang dah malas nak buang waktu overthinking pasal sesuatu yang belum terjadi dan pasal sesuatu yang telah terjadi.
Aku berterimakasih pada masa lalu, masa lalu banyak menyedarkan aku dan banyak memberi pengalaman pada aku. Ambil yang positif jelah dari masa lalu. Kalau terpandang yang negatif ambil jelah pelajaran, besok-besok kalau terjadi lagi sekurangnya dah tahu apa yang patut kau buat.
Mungkin sampai di sini je cerita nya? Uish berejam ya saya tulis tau tau nak subuh dah. Terima kasih sangat-sangat untuk yang menciptakan ruangan ni. Tak semua orang mampu luahkan hati mereka, tak semua orang ada teman untuk mendengar.
Kalau ada yang baca ni, terima kasih sebab sudi baca luahan hati saya sampai akhir. Saya tutup masa lalu saya kat sini lah eh dah taknak pandang belakang dah, nak fokus dengan diri saya jelah supaya lebih baik dari diri saya yang sebelum ni. Terima kasih. – Nia (Bukan nama sebenar)
Komen W4rganet :
NurAz Wan : Kesiannya awak Nia. Lepas ni, cuba Nia cari macamana nak tambah kemahiran diri. Tengok apa yang awak suka buat, memasak ke, belajar menjahit ke, kalau dah mahir kerja kat kedai jahit atau apa saja kerja.
Nanti kalau dah ada kerja, akan ada kawan-kawan dan bolehlah awak keluar dari persekitaran tu. lngin saja saya syorkn awak sambung belajar, tapi semua tu memerlukn duit dan komitmen yang tinggi, mungkin awak susah nak buat. Fikirkan apa yang lebih mudah buat masa ini. Nanti kalau peluang terbuka lagi, boleh tambah kemahiran dan kualiti diri awak.
Azie Azem : Matangnya penulisan kamu dik walaupun cuma sekolah sampai tingkatan 2. Sambung belajar balik dik kat mana-mana yang ada kemahiran. Atau sekolah balik, ada spm jadilah. Ambik yang subjek penting je, bm bi mt sn sej agama. Lepas tu awak sambung belajar kat tempat yang free macam kolej professional mara, kat situ ada asrama dan elaun, acik doakan hidup adik dipermudahkan.