Huru-hara satu stadium lembu Rodeo terlepas sondol penonton

Penonton acara rodeo atau pertunjukan lembu di negeri Oregon cemas apabila seekor lembu jantan melompat keluar daripada gelanggang dan menuju ke arah penonton, lapor akhbar New York Post semalam.

Haiwan rodeo tersebut melambung serta memijak seorang wanita yang berjalan di luar gelanggang.

Lembu jantan dinamakan Party Bus itu berlegar-legar di tengah gelanggang.Ia tiba-tiba melompat pagar setinggi 2.1 meter yang memisahkan gelanggang dan penonton, menyebabkan keadaan menjadi kecoh.

Huru-hara satu stadium lembu Rodeo terlepas sondol penonton

Rakaman video di lokasi kejadian menunjukkan Party Bus menanduk dan melambungkan seorang wanita berbaju merah sebelum mangsa jatuh ke tanah dan dipijak haiwan berkenaan.

Party Bus kemudian merempuh sebuah meja dan berlari ke arah kawasan parkir sebelum ditangkap oleh kakitangan rodeo.

Kejadian berlaku sejurus sebelum pukul 10 malam (waktu tempatan) semasa sesi terakhir pertunjukan Sisters Rodeo kali ke-84, malam Sabtu lalu.

Ia merupakan acara popular yang mengumpulkan ramai koboi serta penonton.

“Tiga individu cedera akibat diserang lembu jantan itu dengan dua daripada mereka dibawa ke hospital berdekatan,” kata Persatuan Sisters Rodeo dalam satu kenyataan.

Mereka dibenarkan pulang keesokan harinya.

Baca juga: Lama berdiam diri, akhirnya Faisal Halim keluar kenyataan ini