Selepas melalui badai dan kemelut rumah tangga yang begitu panjang, Puteri Sarah Liyana kini dilihat semakin bergaya sejak bercerai dengan Syamsul Yusof.
Menerusi Instagram, Sarah sering berkongsi tentang hidup sehariannya dan mengemas kini tentang kerjayanya yang dilihat semakin berkembang.
“Suami Mati Baru Berkabung” – Puteri Sarah Liyana Jawab Isu Dikata Tak Hormat Tempoh Edah
Difahamkan, aktres berusia 37 tahun itu juga kini sedang sibuk menguruskan kerjaya dan melebarkan sayap di negara seberang, Indonesia.
Baca : Yusof Haslam Tak Faham Apa Masalah Dengan Puteri Sarah
Ketika berada di Jakarta baru-baru ini, Sarah ada bertemu dengan pengarah filem popular, Hanugn Bramantyo serta pelakon, Refal Hady.
Foto Sarah bersama pelakon lelaki berusia 29 tahun itu yang dimuat naik di Instagram meraih perhatian warganet yang memberikan komen masing-masing.
Malah, ada peminat yang berseloroh dan sengaja mengusik bahawa Sarah dan Refal dilihat secocok serta ada yang seperti berharap mereka ini berjodohan.
Baca Selanjutnya :
‘Dah Bagi Sedekah Pun Menyalak Lagi’- Ayat Puteri Sarah Tuju Pada Ira Kazar Ke Tu?