Ibu Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Bashaharil berkongsi tangkap layar seorang netizen yang melemparkan kata kata kesat ke atasnya.
Siti Hafiza seringkali menjadi kecaman netizen kerana dituduh menyebelahi anaknya yang kontroversi. Sebelum ini Siti Hafiza pernah menyahaktif seketika IG miliknya. Dan selepas itu dia kembali lagi selepas perceraian Aliff Aziz dan Bella Astillah.
IG dia seringkali diserang netizen. Dan ada yang bertindak melampau. Siti Hafiza menunjukkan bagaimana seorang pengguna IG menghantar mesej sangat tidak sopan kepadanya. Mesej itu bertulis: “Lah hidup lagi anak ba** an**** ni. Ingat dah mati dah. Mak cik anak ba** keturunan an**** bila nak mati?”
Siti Hafiza kemudian meletakkan kapsyen: “Alhamdulillah, inilah insan hebat, syabas tabarakallah menjadi baru*h yang tidak dibayar sangat sangat tidak berbaloi ya nak.”
Tidak lama selepas itu, perkongsian Siti Hafiza itu dipadam oleh Instagram kerana melanggar standard komuniti platform itu. Membuatkan Siti Hafiza bengang dan meminta Instagram untuk melantik seorang pegawai yang boleh berbahasa Melayu untuk memantau konten Bahasa Melayu.
Siti Hafiza kecewa kerana dia yang dianggap bercakap kasar sedangkan dia menjadi mangsa serangan buli siber.
Dia menambah: “Alhamdulillah as expected [seperti dah dijangka], boleh memberi tetapi tak boleh menerima ?? Masyaallah cybertroopers at it again [sekali lagi].
“Dear IG ADMIN get a Malay speaking guy to translate what this is all about ya [kepada admin IG sila lantik pegawai yang boleh berbahasan Melayu untuk menterjemahkan ini semua tentang apa] … peace no war [damai tak nak gaduh gaduh].”
Baca : Penuh lalat hurung pengantin perempuan masa bersolek, terkejut tengok kawasan rumah