Baru-baru ini, seorang guru tadika memuat naik satu hantaran mengenai bahayanya kartun ‘Skibidi Toilet’ untuk perkembangan otak kanak-kanak.
Menerusi perkongsiannya di laman Facebook itu, guru tadika yang dikenali sebagai Najwa Ayub telah menemui satu saluran YouTube yang menunjukkan aksi-aksi ganas di mana dikesan melalui lukisan salah seorang anak muridnya.
Pada mulanya, meme kepala keluar daripada mengkuk tandas, malah menaik taraf menjadi video yang creepy.
Dalam pada itu, menurut sumber, guru itu turut menyatakan bahawa saluran ini pada asalnya hanyalah meme kepala manusia keluar daripada mangkuk tandas dan nyanyi berulang kali.
Susulan itu, mereka mula menaik taraf saluran mereka dengan video yang mengerikan, horror, grotesque serta main tembak-tembak. Dalam arti kata lain, kesemua kandungan dalam saluran tersebut tiada jalan cerita yang spesifik.
Selain tidak mempunyai jalan cerita yang jelas, dipercayai mereka sengaja menggunakan lagu latar belakang yang diubah suai untuk merangsang deria dan otak kanak-kanak secara ekstrem.
Konten di dalam video tersebut akan memberi kesan yang buruk kepada budak-budak.
Guru berkenaan berpendapat bahawa konten di dalam video itu akan membuat anak-anak ketagih dan mempengaruhi perkembangan otak mereka.
Menurutnya lagi, kaedah yang digunakan adalah untuk menarik minat kanak-kanak di bawah umur 7 tahun supaya mereka menontonnya berulang kali.
“Sebab apa? Anak-anak dibawah umur 7 tahun ni, impulse control dia baru nak berkembang. Age group bawah 7 tahun ni memang market segment untuk YouTubers target for easy money.
“Buat content yang tak perlu make sense pun, janji content mesti highly addictive untuk anak-anak kecil ni impulsively tengok ulang-ulang banyak kali.
“Koranggg! Depa siap ada algorithm/formula tau dakkkk untuk create addictive content for kids under 7,” kongsinya di laman Facebook miliknya itu.
Dia turut menyatakan bahawa kandungan Skibidi Toilet ini mungkin tidak begitu terkesan bagi remaja dan budak umur 8 tahun ke atas, namun ia akan terkesan kepada budak berumur 7 tahun ke bawah.
“Otak mereka sedang berkembang pesat, anak-anak tengah membina fahaman mengenai dunia sekeliling mereka, Jika dunia mereka hanyalah dengan menonton video pendek Youtube atau TikTok yang tidak memberi apa-apa makna.”
“Yang hanya menunjukkan keganasan semata, Apa fahaman yang mereka bina mengenai dunia sekeliling mereka?”
Banyak kanak-kanak meniru aksi yang membahayakan perkembangan otak mereka
Bukan itu sahaja, guru itu berkata, ramai kanak-kanak meniru aksi karakter kepala dalam mangkuk tandas itu sambil menyanyi lagu seperti yang ditunjukkan dalam video menerusi saluran YouTube tersebut.
Difahamkan, tindakan tersebut sudah pasti tidak normal bagi kanak-kanak yang sedang membesar kerana membahayakan perkembangan otak mereka.
Disebabkan itu, guru tersebut meminta para ibu bapa supaya memantau perkembangan anak-anak mereka.
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen setuju dengan kenyataan ibu bapa perlu mengawal penggunaan gajet dan memantau kandungan yang ditonton oleh mereka.