Ibu Bapa Berperanan Penting dalam Membantu Anak Rangsang Diri untuk Bercakap

Ibu Bapa Berperanan Penting dalam Membantu Anak Rangsang Diri untuk Bercakap.

Setiap ibu bapa ingin melihat anak membesar dengan sihat dan sempurna.

Namun, ibu bapa pasti bimbang jika mempunyai anak yang belum bercakap meskipun si kecil sudah mencecah usia tiga tahun.

Kebiasaannya, apabila mencecah usia sekitar dua tahun, kanak-kanak mula menuturkan perkataan yang biasa disebut kepadanya walaupun pelat atau dalam bahasanya sendiri.

Usaha ibu bapa bercakap dengan kerap bagi membantu merangsang perkembangan si kecil amat diperlukan terutama dalam memastikan permata hati dapat membesar dengan sempurna.

Berikut antara tip yang boleh diguna pakai ibu bapa yang mengalami masalah anak lambat bercakap:

*1. Komunikasi pada peringkat awal iaitu seawal dari dalam kandungan*

Walaupun dia tidak tahu apa-apa dan tidak faham apa yang dikatakan ibu ketika itu, percayalah cara ini sedikit sebanyak mampu membantu.

*2. Gunakan ayat pendek dan mudah*

Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak, pastikan ada ruang antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda berpeluang memberi tindak balas.

*3. Mimik muka anda semasa bercakap amat penting*

Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat kepada si kecil.

*4. Teknik penceritaan melalui buku cerita*

Membiasakan kanak-kanak untuk berkomunikasi dan biasakan diri untuk membaca dan bercerita kepada si kecil.

*5. Dedahkan anak anda kepada interaksi sosial*

Cara ini memberi peluang anak mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

*6. Menjadi pendengar yang baik dan beri perhatian*

Ibu bapa perlu sentiasa memberi perhatian dan cuba memahami apa yang disampaikan anak anda

Jika apa disebutnya tidak jelas, anda mesti membantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itu cuba disebutkan anak.

*7. Amalan menyanyi bersama anak atau bercerita*

*8. Guna bahasa isyarat ketika bercakap*

Selagi anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dan memahami arahan mudah, boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal.

Banyakkan berbual dengan anak, bertanya dan cuba minta mereka bercakap.

*9. Ulangi perkataan disebut anak*

Andainya anak sudah mula boleh bercakap satu perkataan, ulang apa sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut ‘nak’, tanyakan kembali “Adik nak apa? Nak susu? Nak mainan?” atau apabila dia sebut ‘bola’, ulang kembali ayat itu “Adik nak main bola?” dan jadikan ia suatu kebiasaan.

*10. Jangan sesekali memaksa anak bercakap*

Jangan pamerkan kekecewaan anda kerana mereka belum mampu bercakap. Bahasa yang pertama sekali dipelajari anak adalah bahasa emosi dan mimik muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.

BACA JUGA:

Pernah dengar laba garlic tak? Tengah viralkan? Jom buat, mudah je resipinya!

5 langkah mudah ‘repair’ bahagian kolar baju yang dah meregang

Tak larat nak layan anak-anak, terpaksa ‘hulur’ gajet? Hati-hati, boleh jejaskan mental anak

COMMENTS

Wordpress (0)