Trend menganjurkan pelbagai majlis untuk meraikan murid dan pelajar sekolah semakin menjadi perhatian masyarakat.
Bukan hanya ibu bapa dari golongan B40 yang merasa keberatan, malah para guru turut memberikan pandangan tentang kesesuaian penganjuran tersebut.
Di platform media sosial, seorang wanita menyuarakan pendapatnya, mengungkapkan bahawa sebagai pendidik, dia sebenarnya tidak menyokong idea menganjurkan majlis untuk pelajar seperti yang sedang popular pada masa ini.
Baginya, fokus seharusnya diberikan kepada aspek akademik dan sahsiah murid semata-mata, demi membantu mereka membangunkan kerjaya pada masa hadapan.
“Majlis graduasi sepatutnya eksklusif kepada mahasiswa universiti. Kami tidak mahu melibatkan diri dalam proses seperti ini. Ia hanya menambah bebanan kerja guru,” katanya.
Dia juga menyuarakan kebimbangan terhadap sekolah-sekolah yang mengenakan bayaran tinggi untuk majlis graduasi semacam itu.
“Terdapat sekolah yang memungut bayaran tinggi untuk majlis tersebut, tetapi guru yang terpaksa memastikan majlis itu berjalan lancar. Ini hanya menambahkan lagi bebanan tugas yang sedia ada,” katanya.
Menurutnya, penganjuran majlis semacam itu hanya boleh dihentikan apabila ibu bapa hadir ke mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan bersuara menentangnya.
“Majlis graduasi biasanya dipersetujui semasa mesyuarat tahunan PIBG. Ibu bapa perlu bersuara dan menolak idea ini,” katanya.
Reaksi warga media sosial.
Rata-rata warga media sosial turut memberikan reaksi kurang positif terhadap penganjuran majlis seperti itu.
“Tidak sepatutnya majlis graduasi diadakan untuk pelajar sekolah. Biarkan mereka berusaha belajar sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi. Graduasi sepatutnya diperuntukkan kepada mahasiswa universiti sahaja,” komen seorang pengguna media sosial.
Baca Juga : ‘Sebenarnya, ada beza antara artis dan selebriti, selebriti mengagungkan perkara kontroversi’