Ibu malas jaga anak tinggal di taska masa cuti

Beberapa posting di aplikasi X kini menjadi perbualan hangat apabila ramai mulai membincangkan trend terkini di kalangan ibu yang bekerja.

Yang memilih menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan kanak-kanak atau taska.

Dalam satu posting yang mendapat perhatian, seorang pengguna mempertikaikan tindakan ibu yang menghantar anak-anak mereka ke taska.

Ibu malas jaga anak tinggal di taska masa cuti

Walaupun pada hari cuti dengan alasan ingin berehat di rumah.

“Betul-betul ni. Aku rasa sedih sangat bila tengok ada ibu yang hantar anak pergi taska walaupun hari cuti, just sebab dia kata malas nak layan dan nak guna waktu cuti untuk rehat.

Kasihan sangat,” ungkap pengguna tersebut.

Walau bagaimanapun, posting tersebut mencetuskan perbahasan kerana ada ibu atau penjaga yang berpendapat bahawa sesiapa yang tidak memahami kehidupan dan situasi ibu yang bekerja pasti tidak akan memahami keadaan tersebut.

“Geng budak-budak sunat laser ke yang ‘up’ ni, orang yang ambil cuti tu ada kerja yang perlu diselesaikan, kalau bawa anak nanti banyak perkara yang perlu diatasi.

Lagipun, zaman sekarang kerja banyak, ibu bapa tak sempat untuk berehat.

“Kadang-kadang mereka melakukan perkara sebegini hanya untuk melepaskan kepenatan bekerja selama ini.

Saya juga pernah melakukan perkara sebegini.

Itulah masa yang ada, dan itu pun susah untuk diperoleh,” kata Mimie Abfazi.

“Ibu bapa sekarang banyak yang terlalu penat, susah untuk berehat atau mengambil masa untuk diri sendiri, kerja selalu menjadi keutamaan.

Esok mungkin kamu sendiri akan tahu bagaimana penatnya bekerja dan menjaga anak.

“Janganlah membandingkan zaman dulu dengan zaman yang penuh cabaran sekarang ini.

Lagipun, ibu bapa telah membayar yuran taska.

Biarlah mereka jaga anak mereka seperti biasa, bukanlah mereka menghantar anak pada hujung minggu pun,” kata Miera Edora.

Baca Juga : Ramai Patut Tahu Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas. Ini Caranya