[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Ibu mertua beragama hindu masakkan menantu juadah buka puasa jadi bualan netizen the hindu hindu temple the hindu tamil hindu hindu gods agama hindu hindu temple near me hindu wedding card design[/bg_collapse]
Ibu mertua beragama hindu masakkan menantu juadah buka puasa jadi bualan netizen. Perkahwinan campur bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat kita, ia sekali gus menunjukkan negara kita ini mempunyai toleransi dan sifat majmuk antara kaum yang sangat tinggi.
Apabila sudah berkahwin, kita mestilah memahami dan menghormati antara sesama pasangan dan keluarga mertua bagi menjaga keharmonian rumah tangga.
Sebuah video tular di TikTok, apabila seorang pengguna TikTok dengan nama @hajarangelique berkongsi pengalamannya menziarahi ibu mertuanya yang bukan beragama Islam tetapi ibunya sanggup memasakkan Nasi Tomato yang diidamkannya.
Dalam video berdurasi 30 saat itu, wanita yang sedang mengandung itu menyatakan dia mengidam untuk makan Nasi Tomato, lalu dia meluahkan keinginannya di saat akhir kepada ibu mertuanya yang berbangsa India itu.
@hajarangelique Bulan puasa bersama parents-in-law Saya yg non-Muslim #fyp #fypage #foryou #foryoupage #malaysiatiktok #keluargamalaysia ♬ Syukur Alhamdulillah – Wafiq Azizah
‘Rush’ masak supaya menantu dapat bawa balik KL
Ibu mertuanya itu dengan pantas memasakkan makanan idaman menantunya itu untuk dibawa pulang ke rumahnya.
Lebih menyentuh perasaan apabila ibu mertuanya itu tidak berpuasa tetapi sanggup masakkan juadah untuk berbuka puasa.
“Dapat mertua baik pun rezeki!”
Perkongsian tersebut pastinya membuatkan ramai netizen terharu dan tersenyum, malah tidak kurang juga netizen yang meluahkan kesyukuran kepada wanita itu kerana dikurniakan keluarga mertua yang baik dan memahami menantunya, meskipun berbeza fahaman agama.
BACA:
KKM sahkan akan mula berikan dos keempat
KWSP khas : Wajib ambil tahu sebelum pengeluaran tunai 20 April ini
Syafiq Kyle geram dengan netizen, “kami bukan budak umur 12 tahun..”