Teka-teki hilangnya seekor ikan peliharaan bernilai tinggi dalam akuarium
Seorang lelaki akhirnya terjawab apabila ikan arowana peliharaanya telah digoreng anak-anaknya sendiri.
Ikan arowana dari spesis ‘super red short’ dianggarkan berjumlah 15 juta rupiah atau (RM4,286) yang dimiliki oleh Nizam Naaban itu disyaki telah melompat keluar selepas mendapati akuarium yang terletak dalam rumanya itu tiba-tiba kosong.
Menurut sumber dari Kompas.com, lelaki malang itu sedang berada di tingkat atas melakukan kerja-kerja memasang peralatan gim, setelah turun ke bawah, saya melihat akuarium itu kosong dan yang tinggal hanyalah ikan kecil sahaja.
“Kemudian, saya bergegas memaklumkan kepada isteri dan menyangka ikan peliharaan mahal berkenaan telah melompat keluar dari akuarimum setelah dicari tidak dijumpai di merata tempat.
“Tak lama selepas itu, dua anak perempuan saya yang masih lagi bersekolah telah datang kepada saya membawa sepinggan ikan goreng yang sebenarnya adalah ikan arowana yang telah hilang itu” kongsinya.
Ikan arowana ini merupakan spesis yang mempunyai rangka kepala yang bertulang dan sepanjang badanya mempunyai susunan bersisik seperti mosaic yang jelas kelihatan disamping susunannya yang cukup cantik dan kemas.
Bahagian belakang badannya terdapat sirip belakang yang ada satu sinaran yang lembut dan panjang.
Ramai yang tak perasan, ikan kelisa dan arowana adalah ikan yang sama, ia merupakan ikan hiasan yang paling mahal di dunia.
Walaupun ikan ini menjadi pilihan para penggemar ikan peliharaan untuk dijadikan sebagai hobi, namun bukan semua negara boleh didapati ikan ini, Malaysia adalah antara negara yang memiliki ikan ini sehinggakan ada satu spesis yang paling mahal sehingga diberikan nama ‘Malaysia Golden’ (MG).
Antara keistimewaan ikan arowana ni adalah mempunyai fizikal yang kuat, harga yang mahal dan menjadi satu pelaburan secara sampingan yang turut menjadi hobi sampingan yang menjana ekonomi.
Menurut kepercayaan masyarakat cina, arowana ini juga lebih dikenali sebagai ‘Ikan Naga’ yang menjadi simbol kepada tuah, kemakmuran, kekuatan dan kuasa.
Mereka sangat percaya, ianya mempunyai kaitan dengan ketuanan Naga terutamanya kalau ikan arowana tersebut mempunyai sisik yang besar dan bentuk badan pula hampir menyerupai seekor naga.
Bagi masyarakat cina terutama dibahagian selata, mereka percaya ianya ada kaitan dengan Feng Shui yang boleh membawa tuah. Mereka turut mempercayai Arowana jenis ‘Blood Red’ mempunyai kuasa untuk menilai seseorang samada musuh ataupun kawan.
Contohnya, sekiranya ikan arowana dilihat agresif semasa ada tetamu datang ke rumah, itu bermakna tetamu tersebut adalah musuh sebenar, dan sekirany arowana hanya tenang sahaja dalam akuarium, maka tetamu tersebut adalah sahabat mereka.
Dari sudut perniagaan, mereka percaya memelihara ikan arowana dapat membantu memperkembangkan empayar perniagaan dan membawa masuk keuntungan kepada syarikat.
Kisah mengenai ayah dan anak boleh dikatakan sebagai satu kisah lucu yang berlaku dalam masyarakat kita, sebagai ayah kepada anak-anak ini, tiada apa yang mampu dilakukan setelah mengetahui ikan mahalnya itu telah dijadikan lauk makanan pada hari itu.
Sebagai anak, mereka hanyalah ingin menggembirakan ayahnya sahaja, malah sama sekali tidak mengetahui ikan tersebut adalah seeokor ikan peliharaan yang begitu mahal harganya.
Seorang ayah hanya mampu redha dan pasrah selepas mengetahui perkara itu, dan sekiranya diberikan peluang, beli sahajalah ikan arowana yang baru kalau minat terhadap ikan itu masih belum pudar.
Baca Selanjutnya :