Ikon 2022 majalah Time, 7 fakta menarik Michelle Yeoh

Ikon 2022 majalah Time, 7 fakta menarik Michelle Yeoh. MICHELLE Yeoh, bintang kelahiran Malaysia yang mencipta nama di persada Hollywood dinobat sebagai Ikon 2022 oleh majalah antarabangsa, Time.

Tan Sri Michelle Yeoh Choo Kheng, 60, telah menjadi bintang utama di Asia selama beberapa dekad dan beliau adalah seorang yang dikenali ramai dalam era kegemilangan pawagam aksi Hong Kong, berpuluh-puluh filem teratas dan mendapat reputasi untuk membuat aksi berani.

Berpuluh tahun anak kelahiran Ipoh, Perak itu menempa nama dalam industri lakonan berskala mega di Asia dan Hollywood, setiap projek yang melibatkan beliau secara tidak langsung pasti mengharumkan nama Malaysia yang dibawa bersamanya.

#image_title

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Time mengiktiraf Michelle Yeoh di atas sumbangan besarnya terhadap industri perfileman sepanjang bergiat aktif sejak 1983.

Penampilan sulung Michelle Yeoh dalam filem terbitan Hollywood apabila membintangi James Bond, Tomorrow Never Dies, Crouching Tiger, Crazy Rich Asians dan sebagainya turut disebut dalam perkongsian tersebut.

Dalam pada itu, filem Everything Everywhere All at Once di mana Michelle Yeoh memegang watak sebagai isteri dan ibu yang terbeban yang mahu menyelamatkan dunia turut meletakkan bintang itu menjadi pelakon nombor satu Hollywood.

Inilah saat yang telah lama dinanti-nantikan oleh Michelle Yeoh, yang mana ramai percaya akan kebolehannya untuk memenangi Oscar.
Sementara itu, ini info menarik berkaitan Michelle Yeoh;

1. Ogos lalu, Michelle Yeoh menjadi artis pertama menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD) dalam seni halus dari Institut Filem Amerika (AFI), Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

2. Karier seni beliau bermula selepas memenangi Miss Malaysia World ketika berusia 20 tahun pada 1983. Michelle Yeoh kemudiannya mewakili Malaysia ke pertandingan Miss World di London, United Kingdom (UK) pada 1983.

3. Michelle Yeoh merupakan artis Malaysia yang sudah 40 tahun berkecimpung dalam bidang lakonan yang bermula kerjayanya dalam filem Hong Kong pada 1990-an.

4. Kerjayanya kemudian memuncak dengan membintangi beberapa filem terkenal seperti filem James Bond Tomorrow Never Dies, Memoirs of Geisha , Crazy Rich Asians, dan Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.

5. Pada tahun ini pun, filem yang dibintangi oleh Michelle Yeoh telah berjaya mendapat pujian daripada pengkritik filem, kerana peranannya sebagai Evelyn Wang dalam Everything Everywhere All at Once.

6. Michelle Yeoh sudah berlakon lebih 70 filem antaranya, Crouching Tiger, Hidden Dragon, Memoirs of a Geisha, Tomorrow Never Dies, Crazy Rich Asians dan sebagainya.

7. Khabarnya, Michelle Yeoh juga memegang watak Dr Karina Mogue dalam Avatar 2 yang akan disiarkan pada penghujung tahun 2022 ini.

Pencapaian Michelle Yeoh boleh menjadi inspirasi kepada kita semua, anak muda.

Kerjayanya dalam dunia perfileman memang layak untuk menjadikannya legenda filem Asia.
Syabas dan tahniah, Tan Sri!

BACA JUGA:

Di sebalik musibah banjir, pondok jadi tempat keluarga ini bersyukur

Penganalisis sifatkan masa depan Amanah tetap ada, jangan berlengah bina imej

Zahid mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), siapsiaga hadapi bencana banjir

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Ikon 2022 majalah Time, 7 fakta menarik Michelle Yeoh […]

  • […] Ikon 2022 majalah Time, 7 fakta menarik Michelle Yeoh […]