INDIA: Menteri kesihatan maut, ditembak polis

INDIA: Menteri kesihatan maut, ditembak polis.

Seorang menteri di negeri Odisha di timur India maut selepas ditembak oleh seorang anggota polis.

Menteri Kesihatan Odisha, Naba Kishore Das, 60, meninggal dunia di hospital beberapa jam selepas kejadian yang berlaku di bandar Brajrajnagar di daerah Jharsuguda pada Ahad.

Penyerang dikenal pasti sebagai Gopal Das, seorang penolong subinspektor.

Anggota polis itu dikatakan mempunyai masalah kesihatan mental, lapor media tempatan.

Naba Das dipercayai antara menteri terkaya dalam kabinet Ketua Menteri Naveen Patnaik.

Beliau gemar mengumpul pelbagai jenis kenderaan dan dilaporkan memiliki kira-kira 80 buah kenderaan, menurut akhbar Telegraph.

BACA JUGA:

5 Tips yang Dapat Membantu Ibu Bapa Agar Anak Rajin Belajar

SABAH: Tanah runtuh, jalan Ranau ke Sandakan tak boleh dilalui

12 pelajar tahfiz ditahan, pukul lelaki kurang siuman sampai mati