Kecoh di media sosial apabila kira-kira tujuh individu dilihat mengadakan perhimpunan aman Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di sebuah kawasan berhadapan pusat beli-belah di ibu negara.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok, @humble_chef15, difahamkan perhimpunan tersebut diadakan semalam sambil dikawal ketat oleh pihak polis yang dilihat berada di kawasan tersebut.
Walau bagaimanapun, timbul rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai apabila mempersoalkan perhimpunan sebegitu yang dibenar untuk diadakan secara terang-terangan.
Individu-individu tersebut yang juga semuanya lelaki itu dilihat memegang sepanduk bertulis ‘Gay bukan satu jenayah. Jadi gay bukanlah jenayah’ dan ‘Tiada siapa yang boleh adili manusia kecuali Tuhan’ sambil melaungkan sesuatu.
Ada juga sepanduk dipegang bertulis ‘Ahmadi Agama keamanan dan cahaya mengutuk diskriminasi dan kezaliman terhadap orang-orang LGBT di Malaysia’.
Difahamkan, perhimpunan itu diadakan selepas kecoh adegan biadab vokalis kumpulan The 1975 yang dikecam kerana menghina undang-undang negara berkaitan LGBT di Litar Antarabangsa Sepang, 22 Julai lalu.
Sehingga kini video perhimpunan LGBT di pusat beli-belah itu mendapat 103,800 tontonan, 878 tanda suka dan 1,314 perkongsian.
Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati orang ramai mempersoalkan bagaimana perhimpunan ini dibenarkan dan mendoakan agar
“Memang pihak berkuasa tidak boleh buat apa-apa ke.. makin berani golongan ni,” komen Sara.
“Patutlah nampak ramai orang semalam dekat depan pusat beli-belah ini dalam pukul 5 petang. Rupanya pasal ini,” komen Shida.
“Mereka berani terang-terangan meminta sesuatu yang diharamkan dalam undang-undang Malaysia. Polis tolong ambil tindakan segera,” komen Ummu pula.
Baca Selanjutnya :