Masalah dagu berlapis atau ‘double chin’ merupakan kebimbangan umum, tidak kira untuk wanita atau lelaki. Keadaan ini biasanya timbul akibat kelebihan berat badan dan proses penuaan.
Bagi sesetengah individu, mereka sanggup melaburkan sejumlah wang untuk menjalani pembedahan menghilangkan lapisan lemak demi memperoleh wajah yang lebih runcing atau bujur sireh.
Namun, tahukah anda bahawa tanpa pembedahan plastik, lapisan lemak pada bawah dagu boleh dihilangkan melalui teknik senaman? Anda tidak perlu membelanjakan wang yang banyak, hanya perlu mencuba dengan konsisten tujuh teknik senaman yang disarankan:
1)Senaman Bola Tenis:
Letakkan bola tenis di antara dagu dan leher, kemudian kepitalah dengan kuat menggunakan dagu dan kendurkan. Ulangi gerakan ini sebanyak 25 hingga 30 kali.
2)Senaman Lidah:
Pandang lurus ke hadapan, gulung dan keluarkan lidah sepanjang yang boleh. Ulangi gerakan yang sama ke atas, iaitu memanjangkan lidah ke arah hidung.
Bertahan selama 10 hingga 15 saat. Tarik nafas dan ulangi senaman ini beberapa kali.
3)Mengunyah Gula-gula Getah:
Mengunyah gula-gula getah secara berulang kali melatih otot muka dan dagu dalam gerakan berulang, mengelakkan lemak tambahan, dan menguatkan otot rahang.
4)Senaman Sebutan ‘Oo-ee’:
Senaman ini melibatkan membuat bunyi ‘oo-ee’ dengan pergerakan muka yang berlebihan.
Ia membantu menyasarkan otot di antara bibir atas dan hidung serta bibir.
5)Menguap:
Ketika menguap, otot mulut, dagu, dan leher akan ditarik sehingga mampu membakar lemak di pipi dan dagu.
6)Urutan:
Mulakan urutan dari hujung leher dan bawa ke dagu hingga rahang.
Ketika mengurut bahagian bawah dagu yang berlemak, arahkan urutan ke luar dengan gerakan searah.
7)Senyuman Lebar:
Berdiri tegak, tutup mulut rapat, tarik bibir seperti gerakan tersenyum lebar.
Lakukan sampai otot rahang dan dagu rasa seperti ditarik. Tahan selama 10 saat dan ulangi gerakan ini sebanyak 10 kali.
Baca Juga : Pengarah muzik ini dedah artis mana yang paling ‘humble’ dalam dunia seni