Impian memiliki rumah idaman menjadi kehendak setiap individu, terutamanya bagi mereka yang sudah membina keluarga.
Banyak yang kini cenderung untuk membangun rumah di atas tanah sendiri, dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti keinginan untuk dekat dengan ibu bapa atau untuk merealisasikan konsep kediaman yang diimpikan.
Walau bagaimanapun, dalam proses membina rumah idaman, ramai yang terlepas pandang beberapa aspek penting, dan ini akhirnya boleh menyebabkan kerugian apabila perlu mengubahsuai semula.
Bagi mereka yang merancang untuk membina rumah sendiri, berikut adalah 12 ‘pantang larang’ yang perlu diberi perhatian, seperti yang dikongsikan oleh Idea Deko Rumah:
1. Elakkan daripada menggunakan wainscoting, kerana ia boleh menjadi reka bentuk yang ketinggalan zaman seperti kertas dinding. Tambahan pula, ia mudah mengumpul habuk dan najis cicak.
2. Pintu utama sebaiknya tidak menghadap terus ke jalan untuk menjaga privasi keluarga.
3. Tinggi rumah sebaiknya tidak terlalu rendah. Lebih baik kecil tetapi tinggi, kerana ini memberi kesan sejuk secara tidak langsung.
4. Pastikan membuat lubang pada meja dapur untuk memastikan kebersihan dan kekemasan, serta mengelakkan kekotoran dari kabel elektrik yang berselerak.
5. Sediakan punca paip air khas di bawah sinki untuk penapis air, memastikan paip sinki untuk mencuci dan memasak tidak terganggu oleh paip penapis air.
6. Sesuaikan ketinggian meja dapur dengan ketinggian anda. Tempat memasak juga perlu sedikit rendah dari paras pinggang untuk memudahkan proses memasak.
7. Sistem kumbahan dan perparitan harus menjadi keutamaan dalam perancangan.
8. Pastikan membuat kabinet yang dapat ditutup. Ini akan memberi penampilan dapur yang kemas secara automatik.
9. Sediakan suis di setiap kawasan dan susun rapat, mengelakkan kabel bersepah-sepah. Perlu banyak punca elektrik untuk menghindari penggunaan soket yang bersambung-sambung.
10. Hindari lantai dengan aras yang berbeza. Sediakan lantai yang sama dari depan, bilik hingga ke dapur. Ini akan memberikan kemudahan ketika menua kelak.
11. Gunakan satu atau dua warna cat yang hampir serupa di dinding, kerana warna yang berbeza hanya akan menjadikan ruang kelihatan sempit.
12. Yang paling penting, periksa sempadan tanah dengan teliti sebelum memulakan pembinaan rumah anda.
Baca Juga : Kerajaan Arab Saudi buka tempat yang dilaknat nabi sebagai tempat pelancongan