Ini Antara Idea Warna Cat Pilihan Bilik Tidur Agar Nampak Lebih Luas & Tenang!!

Ini Antara Idea Warna Cat Pilihan Bilik Tidur Agar Nampak Lebih Luas & Tenang!!

Memilih warna cat yang sesuai dapat menaikkan lagi seri sesebuah kediaman.

Tambahan lagi untuk warna bilik, kerana ia boleh meningkatkan lagi mood kita apabila melangkah ke dalamnya. Warna ini sangat memainkan peranan sebenarnya.

Kita biasanya akan lihat cat berwarna putih je kan betul tak? Apa kata anda cuba cat warna yang berbeza untuk ruangan anda. Pasti akan lebih menarik.

Jom lihat di bawah antara idea warna cat bilik tidur untuk anda:

*1. Taupe*

Taupe ialah warna cat rumah kontemporari dalam kategori warna neutral. Ia seolah-olah gabungan kelabu, coklat dan putih.

Warna ini akan membuatkan bilik anda nampak lebih luas. Ramai memilih warna ini kerana memberi kedamaian kepada mereka.

*2. Krim*

Warna krim juga menjadi salah satu warna pilihan. Walaupun ia seakan-akan warna putih, namun jika diteliti dengan betul ia mempunyai sedikit perbezaan dan lebih cantik warnanya.

Selain cat warna ini di bilik tidur, ia juga sesuai untuk di cat pada ruangan tamu anda. Pasti nampak lebih luas.

*3. Ungu Cair*

Jika anda peminat warna ungu, anda pasti mahu mempertimbangkan warna ini dalam bilik anda. Namun, jangan salah pilih kerana ungu terdapat banyak pilihan.

Anda disarankan untuk mengambil warna ungu cair kerana ia nampak lebih lembut dan menenangkan jika masuk di dalam bilik.

*4. Hijau Pastel*

Warna hijau pastel sangat ‘rare’ untuk dilihat di kediaman seseorang. Namun, jika anda pandai menggabungkannya sesuai dengan dekorasi bilik pasti ia akan lebih menarik.

Pilih warna hijau pastel kerana seolah-olah anda dekat dengan alam semulajadi yang tenang rasanya.

*5. Biru Cair*

Biru boleh dikatakan warna yang sesuai untuk bilik tidur. Ia kerana warna ini membuatkan bilik anda nampak lebih sejuk walaupun pada tengah panas.

Malah, warna ini juga mampu memberi ketenangan kepada anda. Lebih-lebih lagi jika anda suka membuat kerja di dalam bilik.

*6. Kelabu*

Kelabu merupakan warna yang agak sedikit gelap berbanding warna-warna yang lain. Namun, jika anda menggabungkan dengan perabot, ia akan nampak lebih mewah dan eksklusif.

*7. Peach*

Warna peach juga jarang sekali dilihat di kediaman. Sebenarnya warna ini sangat menarik. Ia mampu menaikkan lagi suasana di dalam bilik dan nampak lebih fun.

Bolehlah cuba warna-warna ni nanti dekat bilik korang 😉

BACA JUGA :

Adab Menuntut Ilmu berdasarkan Hadis

Cara Mudah Buat Buku Skrap Menarik dan Kreatif Untuk Murid

Kesan memeluk anak lelaki dengan lebih kerap dapat mengawal sikap Agresif, IQ lebih baik