Ini baju renang terbaik untuk muslimah di Malaysia yang ramai tak tahu. Aktiviti renang merupakan antara aktiviti kesukaan ramai orang tidak kira tua mahupun muda
Namun, kadangkala aktiviti ini agak terbatas lebih-lebih lagi buat wanita berhijab kerana mereka perlu menutup aurat dan menjaga pakaian mereka.
Hal ini kerana, tidak semua rekaan pakaian renang sesuai untuk wanita berhijab. Ada material yang mudah melekap sehingga menampakkan bentuk tubuh badan.
Jadi, anda tidak perlu risau lagi kerana sekarang banyak jenama pakaian yang telah mengeluarkan pakaian renang khusus buat wanita berhijab ini tau.
Jom kita lihat antara jenama popular itu di bawah:
1. LILIT.
Siapa saja yang tidak kenal dengan jenama popular ini kan? Tambahan lagi buat wanita berhijab, pakaian mereka semuanya sangat sesuai dan khusus untuk wanita berhijab agar nampak trendy dan moden.
Baru-baru ini mereka telah melancarkan koleksi pakaian renang terbaru mereka yang menampilkan reka bentuk set renang dan tudung yang didatangkan dalam pelbagai saiz daripada XXS (UK4) sehingga 5XL (UK22). Kualitinya juga sangat terbaik dan memang best!
2. Mat Salleh Design
Mat Salleh Design amat menitikberatkan penjagaan aurat buat pelanggan mereka. Mereka menawarkan pakaian renang yang selesa untuk kaum hawa.
Anda juga boleh mendapatkan set lengkap mereka yang terdiri daripada baju, seluar dan tudung. Kualiti mereka juga pasti akan membuat anda menyukainya.
3. Pink N’ Proper
Kedai ini hadir dengan pelbagai jenis variasi pakaian renang termasuklah buat wanita berhijab.
Anda kini juga boleh nampak bergaya semasa memakainya. Yang penting material mereka selesa untuk dipakai.
4. Ogival
Ogival sangat terkenal dengan produk pakaian dan peralatan renang sejak dulu lagi. Walaupun begitu, mereka tetap mengeluarkan pakaian renang khusus buat wanita berhijab.
Jadi, dapatlah wanita berhijab merasa juga memakai pakaian renang berjenama ini. Ia juga hadir dengan tudung sekali tau!
5. Prosun
Prosun menawarkan set pakaian renang dengan paras buku lali yang sesuai untuk kaum hawa yang ingin kekal nampak sopan.
Ia juga direka dengan cups bra yang lembut dan boleh ditanggalkan. Jadi, ia akan menyokong payudara anda dengan baik. Kainnya juga sangat selesa.
Jadi, tak ada alasanlah tak boleh tutup aurat masa berenang lepas ini 😀
BACA:
Bekalan ubat kurang, boleh berlanjutan hingga hujung tahun
Adi Putra anggap segala kekayaan yang dimiliki adalah kurniaan dan pinjaman Allah SWT saja