Ini beza antara barang kemas 916 dan 999, semua wanita wajib tahu

Ini beza antara barang kemas 916 dan 999, semua wanita wajib tahu. Wanita wajib tahu, beza susut nilai barang kemas emas 916 dan 999. Jika baca luahan di bawah, sebab itu perlu jelas beza emas untuk tujuan perhiasan (barang kemas) dengan emas bertujuan simpanan/pelaburan.

Apa contoh barang kemas? Semua orang tahu iaitu rantai, gelang, cincin dan sebagainya. Contoh emas untuk simpanan pula? Yang ini kalau orang yang tak minat emas mungkin tak tahu. Contohnya dinar, emas jongkong dan bunga emas.

Barang kemas ini ketulenannya ialah 916 manakala emas untuk simpanan/pelaburan berketulenan 999.9.

Susut nilai dan kos upah barang kemas 916 masa jual tinggi apabila dijual semula (20-30%) kebiasaannya. Jika harga pasaran RM 10,000, mungkin dapat RM 7,000 sahaja jika dijual semula.

Wanita wajib tahu, beza susut nilai barang kemas emas 916 dan 999
Ini beza antara barang kemas 916 dan 999, semua wanita wajib tahu

Susut nilai emas 999.9 adalah bawah pada 10% kebiasaannya. Jika harga pasaran RM 10,000, kita dapat balik antara RM 9,100 – RM 9,400.

Tujuan posting ini bukan nak kata lebih baik beli emas 999.9 berbanding beli emas 916. Tetapi nak share yang apabila kita nak beli sesuatu emas, perlu jelas apa MATLAMATnya.

Kesimpulannya, emas 916 matlamatnya ialah untuk perhiasan orang perempuan. Manakala emas 999.9 matlamatnya ialah untuk saving jangka masa panjang tidak kira untuk orang lelaki atau orang perempuan.
Wallahualam. Betulkan saya jika ada tersilap.

BACA:

Pening layan netizen, Uqasha Senrose akhirnya luah perasaan

Bill Gates ramal dunia bakal berhadapan dengan pandemik lagi

Gaya DSV curi tumpuan lagi, kali ni netizen samakan dengan jin bertoncet