Beberapa orang suka mengupas dan memotong buah lebih awal untuk kemudahan makan pada bila-bila masa.
Walaupun begitu, selepas beberapa jam, buah tersebut cenderung menjadi hitam dan mengalami perubahan warna serta tekstur.
Beberapa tips agar buah yang sudah dikupas dapat kekal segar walaupun sudah berhari-hari. Tidak hanya itu, rasa buah juga akan kekal tidak berubah.
Berikut adalah 5 tips yang boleh anda amalkan di rumah.
1) Rendam dalam air sejuk
Jika anda ingin menyimpan buah yang sudah dikupas dan dipotong di dalam peti sejuk, rendam dalam air sejuk (air yang disimpan di dalam peti sejuk).
Selepas itu, simpan buah tersebut di dalam peti sejuk. Cara ini akan membuat potongan buah kekal segar dan tidak menjadi hitam. Rendaman air sejuk dapat mempertahankan enzim dalam buah dan rasa buah tidak berubah.
2) Rendam dalam air garam
Cara kedua ini hampir sama dengan cara pertama, tetapi membezakan di mana buah direndam dalam air garam, bukan air sejuk.
Rendam buah dalam air garam selama 4-5 minit, kemudian basuh buah tersebut. Simpan buah dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam peti. Buah dapat bertahan selama 2-3 jam.
3) Gunakan tisu dapur
Selain daripada dua cara di atas, boleh juga menggunakan tisu dapur. Balut buah-buahan dengan tisu dapur dan simpan di dalam peti sejuk.
Tisu dapur dapat menyerap kelembapan, manakala bekas kedap udara dapat mencegah buah dari membusuk.
4) Gunakan plastik wrap
Penggunaan plastik wrap juga dapat mengekalkan kesegaran buah yang sudah dikupas dan dipotong.
Letakkan buah di dalam bekas terbuka, kemudian tutup rapat bahagian atas menggunakan plastik wrap.
5) Simpan di dalam peti sejuk beku (freezer)
Cara ini mungkin sudah biasa dilakukan. Simpan buah yang sudah dikupas dan dipotong di dalam bekas yang tertutup rapat, lalu masukkan ke dalam freezer. Pastikan suhu freezer adalah antara 3 hingga 7 darjah Celsius.
Dengan menggunakan cara-cara di atas, buah yang sudah dikupas dan dipotong akan kekal segar, tidak berubah warna, dan juga tidak berubah rasa. Semoga tips ini bermanfaat!
Baca Juga : Dah macam Hari Raya semua berkumpul, mak suapkan makan dalam mulut semua orang