Saiz tilam yang besar memang memberikan keselesaan tetapi kadangkala sukar untuk dicuci menggunakan cara biasa.
Antara masalah pencucian yang sering menjadi kebimbangan adalah kesukaran membersihkan tompokan darah daripada wanita yang sedang haid atau daripada anak yang mengalami kebocoran malam atau cirit-birit.
Dalam situasi sedemikian, memerlukan banyak tenaga untuk mengangkat tilam besar keluar dari katil untuk dicuci dan dijemurkan.
Namun, jangan risau kerana terdapat kaedah mudah untuk mencuci tilam secara efektif tanpa perlu mengeluarkan tilam dari bilik tidur.
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan:
1) Cecair pencuci lantai
2) Sabun pencuci pakaian
3) Soda bikarbonat
4) Tuala bersih
5) Penutup periuk
Campurkan bahan pencuci dalam satu bekas yang besar.
Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
1) Sediakan satu bekas besar yang sesuai untuk proses pencucian tilam.
2) Tuangkan satu cawan cecair pencuci lantai bersama satu cawan sabun pencuci pakaian jenis cecair ke dalam bekas.
3) Masukkan satu sudu besar soda bikarbonat dan gaul rata sehingga sebati.
Gunakan penutup periuk untuk membantu proses menggosok tilam.
4) Celup tuala bersih ke dalam bancuhan tersebut.
5) Balut tuala tersebut pada penutup periuk yang dilengkapi dengan tangkai, dan gosok kawasan tilam yang kotor dengan lembut.
6) Ulang langkah lima dan enam beberapa kali sehingga kesan kotor pada tilam tidak lagi kelihatan.
Setelah bersih, pastikan untuk membuka kipas dan tingkap untuk mempercepatkan proses pengeringan tilam dengan udara segar.
Baca Juga : Ibu Bapa kena datang mesyuarat baru tahu guru sebenarnya penat buat majlis graduasi