Ini cara elak kena denda 300% dengan LHDN, jangan bertangguh. First time nak bayar cukai pendapatan tapi tak tau camne nak isytihar? Atau, korang tak sure sama ada layak untuk bayar ke tak?
Ambik perhatian semua, especially adik-adik yang baru mula kerja ataupun yang dah naik gaji. Kalau gaji dalam setahun adalah RM34,000 , ataupun agak-agak dalam RM2833.33 sebulan (lepas tolak KWSP), korang MESTI isytiharkan pendapatan korang dan bayar cukai pendapatan kepada kerajaan.
Tapi ni admin nak bagitau awal-awal, proses dia agak leceh tapi berbaloi la supaya tak timbul masalah kemudian hari.
Memang kena isytihar ke? Kalau tak buat, camne?
Ni jawapan pendek admin: kalau tak bernasib baik, memang kena kaw-kaw.
Jawapan panjang pulak: Katakan korang sengaja elak dari bayar, dan kalau kena ‘tangkap’ dengan pegawai audit Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), penalti yang akan dikenakan adalah antara RM1,000 hingga RM20,000 (kalau melibatkan kes yang serius) ataupun penjara. Kedua-dua sekali pun boleh!
Let say korang terkurang lapor pulak jumlah pendapatan, boleh didenda sehingga 300%. Banyak tu oi…. Contohnya, kalau lepas kira-kira, jumlah korang kena bayar cukai ialah RM500, tapi sebab kurang declare, sampai RM1,500 kena bayar tau kalau penalti 300%!
Semua ni termaktub dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, “Failure (without reasonable excuse) to furnish an Income Tax Return Form”. Lagi bagus kalau duit tu kita simpan, buat pelaburan atau belanja pergi bercuti ke kan…
Oh..Kalau lambat bayar, ada dapat penalti tak?
Korang masih akan dikenakan penalti sebab bayar lambat dari sepatutnya.. ikut situasi masing-masing la. Contohnya, kalau korang dah memang patut bayar cukai start tahun 2018 , patutnya kena bayar pada awal bulan 2019 lah kan, dan bukannya sekarang baru nak sedar (betul tak!).
Kalau korang lambat bayar selepas tarikh-tarikh tertentu pun, kena tambah ekstra 10% je nanti (starting dari 1 Januari 2020). Ni tarikh deadline, depends sumber pendapatan tu dari mana:
- Selain bisnes (makan gaji & komisen!): 30 April
- Buat bisnes sendiri: 30 Jun
Sekiranya masih gagal bayar cukai dan penalti yang dikenakan dalam tempoh 60 hari, akan dapat penalti tambahan sebanyak 5% ke atas amaun yang masih terhutang.
Kalau korang rasa boleh terlepas ke, admin nasihatkan fikir masak-masak, sebab LHDN boleh jejak pembayar cukai ni menggunakan analisis data dan dengan bantuan agensi-agensi tempatan dan luar negara. Jangan cari pasal, takut menyesal!
Kalau tak cukup duit, camne? LHDN terima bayaran ansuran ke tak agaknya?
Berita baik, BOLEH.
Objektif LHDN ialah untuk kembalikan pendapatan negara daripada rakyat dan perniagaan yang berhak membayar cukai pendapatan, bukan untuk kenakan denda sebab tak dapat nak bayar semua sekali harung. Tapi ada syarat lah…
Sebabnya..kalau korang isytihar antara 3 November 2020 – 31 Mac 2021, kena bayar habis baki jumlah yang perlu dicukai selewat-lewatnya 1 April 2021. Kalau isytihar antara 1 April – 30 Jun 2021, kena habis bayar selewat-lewatnya 1 Julai. Kiranya, ada masa untuk plan betul-betul ye..
Saya layak dicukai, apa nak kena buat?
1. Mula-mula kena daftar online sebagai pembayar cukai
Perlu daftar kat website LHDN di e-Daftar, pergi dekat link ‘borang pendaftaran online’. Pastikan korang upload gambar atau scan IC yang jelas, untuk LHDN dapat sahkan. Bila dah sah, korang akan dapat nombor permohonan.
2. Daftar untuk e-Filing
Untuk mula buat taksiran cukai, sebenarnya korang kena ada nombor PIN untuk login. No pin boleh didapati dengan pergi ke kaunter LHDN atau secara atas talian.
Tapi yang bagus nya, proses tak sampai 3 minit. Pergi ke cawangan LHDN terdekat dan maklumkan pada pegawai bertugas k. Jangan lupa bawa original IC! Korang akan dapat nombor PIN untuk e-Filing.. Macam gambar bawah ni (kena simpan sebab perlu key-in untuk login setiap tahun).
3. Pilih borang yang betul
OK, bila korang dah login, pastikan korang pilih borang yang betul. Pergi kat e-Form, dan jika korang termasuk dalam ‘individu yang tidak menjalankan perniagaan’ (senang cakap makan gaji ler), pilih borang e-BE. Yang ni admin anggap korang tahu: Contoh untuk tahun 2021, korang akan failkan cukai pendapatan untuk tahun 2020 dan seterusnya.
4. Pastikan info korang semua betul k
Details korang akan diisi dengan automatik sebab dah register pada mula-mula dulu. Pastikan semua details tu betul…tak lama, kejap je cek. Masukkan jugak info akaun bank, so kalau korang tergolong dalam cukai terlebih bayar, LHDN akan bank in duit tu.
5. Kurangkan jumlah yang perlu dicukai!
Yang ni part paling best sekali. Yang ni korang mesti kena disiplin setiap tahun kalau nak maksimakan jumlah korang kena bayar. Ada dua perkara yang boleh kurangkan jumlah yang kena cukai:
Pengecualian cukai: ada sesetengah hasil pendapatan tak perlu dicukai kat Malaysia, contohnya sesetengah interest dan dividen. Semak portal LHDN untuk tau lebih lanjut.
Pelepasan cukai: yang ni boleh kurangkan jumlah cukai, contoh pelepasan cukai seperti insurans nyawa, iPhone, pembayaran EPF/SOCSO, barangan sukan dan banyak lagi. Selalu lah simpan resit (selama 7 tahun!) untuk benda-benda ni ok.
6. Semak jumlah yang korang kena cukai
Last sekali, pergi kat bahagian ‘Summary’. Bagusnya dalam online ni, sistem akan kira semuanya. Dan korang boleh tau terus kalau korang ada terlebih bayar cukai (daripada potongan gaji bulanan tu) atau terkurang.
7. Yeyy, settle dah wei!
Last sekali, korang kena isytiharkan yang semua maklumat tu betul dengan ‘sign’ secara elektronik tapi dengan cara simbolik lah, iaitu masukkan IC dan password, pastu klik ‘Sign’… gitu..
Jangan risau kalau ada tersilap ke apa, korang still boleh edit walaupun dah hantar borang dan sign okay..
OK, settle dah? Jangan lewat-lewat buat ok. Kalau korang takde komputer atau internet, katakan lah kan..jangan risau, boleh buat kat cawangan LHDN (ada komputer & internet!), cepat cuma tak digalakkan lah (lupa ke ada COVID-19?).
Haa, korang jangan segan-segan pulak tanya pegawai LHDN yang bertugas atau call je kalau ada yang tak faham. Jom jadi warganegara Malaysia yang bertanggungjawab dan sama-sama tolong dalam pembangunan dan ekonomi negara. Gitew…
Selamat failkan cukai pendapatan!
Baca:
Akak Thailand ni gigih jadi ‘translator’ rungkai kes Tangmo selepas netizen Malaysia minta
Lelaki menangis hanya terima gaji RM127 je bulan ni, puas merayu dekat bos
Ruhainies dilihat ‘over’ buat adegan ‘dewasa’ dengan pelakon lelaki