Ini cara masak Bayam Bijan Korea sebiji macam dalam K-Drama

  1. Apabila membicarakan tentang Korea, pasti Anda akan membayangkan pengalaman yang mengasyikkan dari melancong ke tempat-tempat menarik, menonton drama Korea, dan industri muzik mereka, K-Pop, bukan?

Bagi peminat K-Drama terutamanya, anda pasti akan tertarik dengan makanan-makanan dari Korea yang sering muncul dalam drama tersebut. Jadi, mungkin sudah tiba masanya untuk mula mencuba resepi makanan Korea di rumah.

Salah satu hidangan yang menjadi kegemaran ramai adalah Korean Spinach Banchan, yang merupakan hidangan sampingan yang sering disajikan bersama hidangan utama. Anda tidak perlu lagi mencari restoran Korea untuk menikmati hidangan ini, kerana anda boleh membuatnya dengan mudah di rumah!

Ini cara masa Bayam Bijan Korea sebiji macam dalam K-Drama

RESEPI MAKANAN KOREA DIMINATI RAMAI, KOREAN SPINACH BANCHAN

Bahan-bahan (untuk 1 hidangan):

– 1 ikat bayam
– 1 ulas bawang putih (dihiris halus atau dihaluskan)
– 1 sudu kecil kicap masin
– 2 sudu minyak bijan
– 1 sudu chili flakes
– Garam secukup rasa

Cara-cara:

1. Sebelum direbus, potong dan bersihkan bayam terlebih dahulu.

2. Kemudian, siapkan air yang telah dicampur dengan 1 sudu garam, dan biarkan ia mendidih. Setelah mendidih, masukkan bayam ke dalam air dan REBUS SELAMA 60 saat.

3. Setelah direbus, pindahkan bayam ke dalam bekas air bersuhu sejuk atau berisi ais. Celupkan bayam ke dalam air sejuk selama 30 saat, kemudian angkat dan toskan sehingga kandungan airnya berkurang.

4. Setelah bayam ditoskan dan dikeringkan, potong bayam menjadi dua bahagian agar saiznya lebih kecil. Kemudian, masukkan bawang putih, minyak bijan, kicap masin, serbuk cili, dan perasaan yang sesuai seperti yang disenaraikan di atas.

5. Gaulkan semua bahan sehingga rata, dan taburkan bijan serta tuangkan sedikit minyak bijan sebagai hiasan.

*Selamat mencuba dan nikmatilah hidangan ala-ala K-Drama!

Baca Juga : ‘Saya hampir tiba di garisan penamat. Hanya satu perkara yang tinggal’