Ini cara masak sotong agar tak mengecil saiznya dan berbau hanyir

Ini cara masak sotong agar tak mengecil saiznya dan berbau hanyir. Petua Supaya Sotong Dimasak Tak Mengecil Saiznya – Supaya saiz sotong kekal sama, tak mengecut dan tak berbau hanyir boleh ikut tip yang dikongsi Zin Rose

Hidangan sotong terutama sambal sotong memang sedap. Tapi silap cara masak, sotong yang mula-mula beli besar saiznya boleh jadi kecut atau mengecil. Lagi tak best bila sotong berbau hanyir.

Petua Supaya Sotong Dimasak Tak Mengecil Saiznya

1. Mula-mula siang sotong, buang semua tulangnya. Lepas cuci masukkan kepala sotong ke dalam badan sotong.

2. Masukkan sotong dalam periuk dan rebus bersama 4-5 keping asam keping.

Ini cara masak sotong agar tak mengecil saiznya dan berbau hanyir

3. Rebus sotong 5-8 minit kemudian tutup api dan tos.

4. Selepas masak boleh lihat hasilnya, saiz sotong kekal tak mengecut pun dan kepala sotong pun elok saja melekat pada badan sotong tadi.

Kemudian bolehlah masak sotong ikut cita rasa.

BACA:

Selepas larang Ustaz Abdul Somad, Singapura dakwa terima ancaman seperti 9/11

Dulu sering dipertikai, kini langkah TMJ mula dituruti satu persatu

3,000 unit ‘Alphard China’ terjual dalam masa hanya 30 minit