Resepi sup abc versi Cina ini amat popular dalam kalangan komuniti Cina dengan bahan-bahan yang kaya dengan nutrisi, sesuai untuk kanak-kanak!
Cara penyediaan sup ini juga mudah kerana tidak memerlukan proses menumis. Anda hanya perlu menggabungkan semua bahan dan didihkan sehingga masak dan selaras.
Bagi mereka yang ingin mencuba dan ingin tahu rasanya, ikutilah resipi yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli di bawah.
RESEPI SUP ABC CHINESE STYLE
Bahan-bahan yang diperlukan:
– Bawang Holland
– Tomato
– Jagung
– Lobak Merah
– Lobak Putih
– Daun Bawang
– Halia
– Ayam
Cara Memasak Sup ABC:
1. Potong semua bahan terlebih dahulu sebelum memulakan proses memasak. Sila rujuk cara memotong seperti yang tergambar di bawah.
2. Pertama-tama, sediakan periuk dan masukkan ayam, halia, dan air secukupnya. Rebus hingga mendidih.
3. Selepas itu, buangkan halia dan masukkan semua bahan lain.
4. Kacau sup sehingga masak dan semua bahan bercampur rata. Anda boleh menyesuaikan rasa dengan garam dan serbuk lada putih.
Terakhir, titiskan beberapa titik minyak bijan dan taburkan hirisan daun bawang.
5. Sup ABC versi Cina anda sudah sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Baca Juga : ‘Saya jadi gementar dan takut bila terdengar suara dari kubur tu’ wanita cerita pengalaman di kubur lama