Ini cara nak latih anak minum air kosong, confirm dah tak minta air manis

KANAK-KANAK yang sedang membesar semestinya gemar bermain serta berlari kerana dalam fasa meneroka perkara baharu.

Disebabkan itu, mereka mudah berpeluh kerana aktif melakukan pelbagai aktiviti.

Justeru, mereka memerlukan kandungan air dalam badan yang mencukupi untuk membantu sistem perkumuhan membabitkan pengeluaran bahan buangan daripada badan dengan berkesan.

Ini cara nak latih anak minum air kosong, confirm dah tak minta air manis

Memetik portal Hello Doktor, jumlah air yang perlu diminum oleh bayi dan kanak-kanak adalah seperti berikut:

– Dua tahun hingga empat tahun, lelaki atau perempuan = 2 hingga 4 cawan

– Empat tahun hingga lapan tahun, lelaki atau perempuan = 5 cawan

– Sembilan tahun hingga 13 tahun

* Lelaki = 8 cawan

* Perempuan = 7 cawan

Kanak-kanak yang dalam fasa sedang membesar memerlukan air yang mencukupi agar kekal terhidrat. -Gambar hiasan

Kekurangan air menyebabkan buah pinggang terpaksa bekerja lebih keras menapis bahan toksik dan lama-kelamaan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Namun begitu, boleh dikatakan sebahagian besar kanak-kanak kurang gemar mengambil air kosong, tetapi cenderung minum air berperisa yang manis di mana ia tidak baik untuk kesihatan.

Jika anak anda tergolong dalam situasi yang sama, apa kata cuba praktikkan tip yang dikongsikan oleh seorang ibu yang juga blogger, Khalisah Hazrina.

1. Sediakan botol air yang cantik dan menarik

2. Minum air guna straw kerana lebih memudahkan dan tidak tertumpah

Girls and parents wake up to drink water in the morning.

Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik kepada anak-anak untuk mendidik mereka mengambil air kosong. -Gambar hiasan

3. Tunjukkan contoh, ibu bapa juga perlu konsisten minum air kosong

4. Didik seawal enam bulan kerana pada usia ini, anak sudah mula mengambil makanan solid

5. Sediakan buah yang kaya dengan kandungan serat.

Selain itu, ini pula tip tambahan yang boleh diamalkan oleh ibu bapa seperti membekalkan air kosong ke sekolah dan pastikan air kosong sentiasa tersedia serta mudah diambil di rumah. Semoga bermanfaat!

 

Baca : Netizen syak masalah kewangan jadi punca Nora dan Nedim bercerai